• Carian
  • Media Sosial
  • Serangan Tembakan Las Vegas, Polis Tidak Sorok Fakta

    Posted by jane | 12 October 2017 | 3

     

    POLIS Las Vegas menegaskan pihaknya tidak berhasrat menyembunyikan sebarang fakta atau maklumat berkaitan kejadian tembakan yang mengorbankan 58 nyawa ketika menyaksikan konsert muzik country baru-baru ini.

     

    Jurucakap polis, Joseph Lombardo berkata, tindakan pihaknya mengkaji semula rentetan kejadian itu bukan untuk menyembunyikan sesuatu.

     

    Berdasarkan fakta terkini hasil kajian semula rentetan kejadian itu pada Isnin, pihaknya mendapati pasukan keselamatan hotel menyedari kehadiran penyerang terlibat enam minit sebelum mula melepaskan tembakan ke arah 20,000 pengunjung konsert itu.

     

    Bagaimanapun ia telah menimbulkan persoalan baharu, termasuk kenapa Stephen Paddock tidak dihalang daripada terus melepaskan tembakan dan sama ada pengawal keselamatan hotel dan polis bekerjasama sebaik suspek dikesan.

     

    “Tidak kira apa juga rentetan kejadian itu, respons dari pihak polis adalah secepat mungkin,” katanya menerusi video yang dimuatnaik menerusi laman web LasVegasNow.com.

     

    Dalam kejadian itu, suspek yang juga bekas tentera itu menembak mati dirinya selepas melepaskan tembakan dari tingkat 32 hotel kasino Mandalay Bay.

     

    Menurut Lombardo, Paddock telah menembak pengawal keselamatan hotel berkenaan, Jesus Campos yang melakukan rondaan selepas loceng kebakaran berbunyi pada aras 32 bangunan itu, kira-kira enam minit sebelum suspek melepaskan tembakan rambang ke arah mangsa.- Reuters

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up