• Carian
  • Media Sosial
  • Petua Untuk Dapat Hati Senang Dan Jiwa Tenang

    Posted by editor | 12 October 2017 | 9

     

     

    1. TIDAK MEMBENCI

    Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah pada kita. Jangan ada benci sampai bila-bila.

     

    2. TIDAK MERUNGUT

    Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa. Berkeluh kesah tak akan mengubah apa-apa.

     

    3. BERSEDERHANA

    Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.

     

    4. BERSANGKA BAIK

    Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa ditimpa ujian yang bertimpa-timpa.

     

    5. SELALU SENYUM

    Senyumlah walaupun hati terluka. Senyum itu ada penawarnya.

     

    6. SELALU MEMBERI

    Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya.

     

    7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA

    Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya.

     

    8. TIDAK BERDENGKI DAN IRI HATI

    Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya…jika anda dengki dengan mengaibkan dia.. ingatlah segala amal baik anda pasti hangus semua kerana Allah tak terima Amal Kebajikan orang yang berhasad dengki kepada saudaranya.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up