• Carian
  • Media Sosial
  • Penggunaan SMART Lokap Akan Diperluaskan, Kata Timbalan IGP

    Posted by editor | 12 October 2017 | 11

     

    Polis akan memperluas penggunaan Sistem Lokap Pintar Teknologi Pelaporan Analitik Pemantauan Sendiri (SMART Lokap) ke beberapa lagi balai polis di seluruh negara mengikut keperluan dan lokasi balai terbabit.

    Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata bagaimanapun penggunaan sistem itu juga bergantung kepada peruntukan yang akan disediakan kerajaan.

    “Ketika ini sebanyak 57 lokap di kawasan Lembah Klang telah dipasang dengan SMART Lokap dan berjaya mengurangkan kejadian tidak diingini di lokap.

    “Sistem ini yang lengkap dengan data keluar masuk tahanan juga banyak membantu dalam kawalan di lokap yang melibatkan tahanan agresif,” katanya kepada pemberita pada Ekspo Inovasi dan Ekonomi Kreatif Kebangsaan 2017 (NICE’17) di Taman Teknologi Malaysia, di ibunegara hari ini.

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang hadir merasmikan NICE’17 turut berkesempatan melawat SMART Lokap di tapak pameran itu.

    Noor Rashid berkata penggunaan SMART Lokap juga boleh mengurangkan penugasan ramai anggota untuk kawalan lokap, sekali gus membolehkan anggota terbabit dikerah untuk operasi di luar balai.
    SMART Lokap membolehkan pemantauan secara automatik iaitu melalui Analitis Video, Internet Objek Pintar, Analisis Data Raya yang saling berhubung dalam setiap operasi.

    Sistem itu yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada April 2016 dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menerusi Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (MIMOS) dan input daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

    – Bernama

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up