• Carian
  • Media Sosial
  • Melayu Perlu Kekal Kawal Kuasa Politik

    Posted by fatty | 12 October 2017 | 25

     

    Kuasa politik di negara ini perlu dikawal bangsa Melayu, bukan bangsa lain, kata bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

    Namun demikian jelas beliau, kenyataan itu tidak bermaksud yang Melayu perlu menjadi rasis dan menyisihkan bangsa lain, tetapi bangsa lain perlu menghormati hak yang ditetapkan untuk bangsa Melayu.

    Begitu juga dengan bangsa Melayu, mereka tidak boleh menafikan hak Cina dan India di Malaysia di dalam bidang yang sudah mereka ceburi di negara ini sejak awal dahulu lagi.

    “Jangan semua kita letak orang Melayu. Begitu juga dengan kaum India yang tumpu bidang profesional seperti doktor dan peguam. Jika mereka layak dalam pentadbiran negara, beri mereka peranan. Orang Melayu tidak boleh bising,” kata Muhammad dalam wawancara khas bersama BNBBC. my portal.

    Namun katanya, kuasa politik perlu dikekalkan kepada orang Melayu khususnya UMNO dengan dibantu oleh komponen lain seperti MCA, MIC dan Gerakan.

    “Jangan serah kepada orang lain, kepada parti politik cauvinis Cina, ini kita tak boleh benarkan. UMNO, MIC, MCA semua parti komponen Barisan Nasional (BN) ada ‘track record’ yang aman, tak payah nak tukar-tular kepada yang lain.

    “Sebab belum tentu lagi orang lain boleh jaga bangsa Melayu seperti UMNO buat sejak dahulu hingga sekarang,” katanya.

    Tambah beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Taib, pengalamannya bersama PKR memperlihatkan bahawa parti itu tidak mampu pertahankan bangsa Melayu kerana pemimpinnya sendiri sanggup menggadaikan maruah bangsa demi mencari kedudukan dan jawatan yang tinggi.

    Beliau merujuk langkah Setiausaha PKR, Datuk Saifuddin Nasution berhijrah ke Pulau Pinang untuk berkhidmat di negeri di bawah tampuk pimpinan DAP demi mencari sesuap nasi.

    Menurutnya, tindakan tersebut berkemungkinan disebabkan Saifuddin telah dijanjikan sebarang tawaran daripada DAP supaya parti itu boleh mengkudakan bangsa Melayu bagi menguasai pemerintahan kelak.

    Saifuddin dan Wan Ji, pemimpin PKR yang kini berkhidmat untuk kerajaan DAP

    Mat Taib turut mempersoalkan kenapa Saufuddin yang sebelum ini berkhidmat ketua staff di pejabat Menteri Besar Selangor boleh berbuat demikian.

    “Begitu juga dengan Wan Ji (Wan Hussin) yang diambil DAP sebagai pegawai penerangan. Beliau juga ahli PKR, apakah parti itu tidak mampu membela pemimpin dan ahli Melayu di dalam PKR,” soalnya.

    Beliau berkata, PKR mahupun Pakatan Harapan sebenarnya tiada sangat program sebaliknya hendak berkuasa dan menyiku satu sama lain.

    “Walaupun depan nampak macam bersatu tetapi yang mereka harapkan adalah undi-undi Cina yang akan memenangkan mereka,” ujarnya.

    Sebab itu kata beliau, di dalam pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) suara orang Melayu diketepikan sebaliknya suara bukan Melayu semakin lantang.

    “Saya tidak nampak ini cara terbaik jaga orang Melayu. Saya tidak mahu orang Melayu tertipu dan hilang kuasa jika mereka beralih kepada parti lain,” jelasnya.

    Tegas Mat Taib, Melayu ini dasarnya adalah UMNO dan PAS dan sebab itu apabila meninggalkan UMNO, beliau memilih PAS.

    “Apabila PAS bergaduh tubuh pula PAN, saya berlegar-legar untuk masuk yang perjuangkan agenda Melayu, saya masuk PKR, tetapi saya lihat pemimpin Melayu PKR pula lari kepada DAP, jadi pada saya, ini signal yang salah.

    “Macam mana DAP boleh jaga Cina, jaga PAN, jaga PKR, kenapa PKR Selangor tak boleh jaga pemimpin Melayu mereka?,” katanya.

    Malah menurut Mat Taib, PKR sendiri pun tidak suka kepada PAN tetapi terpaksa terima kerana parti itu di belakangnya adalah DAP.

    “Jadi, di manakah pendirian PKR? Seperti Saifuddin, siapa tahu dia dijanjikan untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang nanti oleh DAP? Diletakkan sahaja orang Melayu di situ tapi yang menguasainya adalah DAP,” ujarnya.

    Menurut beliau, di dalam hal ini pemimpin pembangkang tiada lagi kewarasan bagi memimpin parti gabungan mereka, apatah lagi untuk menjaga sebuah negara yang penuh berbilang bangsa seperti UMNO dan BN.

    Sumber – bnbbc

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up