• Carian
  • Media Sosial
  • “Kena Tunjuk Bodoh Ke Nak Naikkan Populariti Sendu Sekarang Sis?” – Netizen Kutuk Tweet Fathia

    Posted by jane | 12 October 2017 | 71

     

    Gara-gara memuat naik tweet yang dianggap tidak memahami tajuk berita yang dari The Star, “Malaysia to be cashless society by 2050” oleh Khairy Jamaluddin, pelakon Nur Fathia Abdul Latiff dikritik netizen.

     

    “Kita nak jadi macam zaman batu balik ke? Buat sistem barter balik. Kau bagi aku TV, aku bagi kau basikal. Takutttttttttt.” tulisnya semalam di laman Twitter.

     

    Tak dapat dipastikan sama ada Fathia membaca keseluruhan berita atau setakat membaca tajuk sahaja, netizen kemudian menjelaskan ‘cashless’ yang dimaksudkan adalah online banking, kad kredit, kad debit.

     

    Akibatnya, Fathia dikritik hebat sehingga ada yang mendakwa dia sengaja meraih populariti dengan cara yang kurang cerdik.

     

     

    Tweet ‘kurang cerdik’ itu juga turut mendapat perhatian pelakon, Redza Minhat yang menyarankan agar Fathia kekal di Bigo sahaja.

     

     

    Bagaimanapun, Fathia pula menyalahkan tajuk berita yang tak ‘teghang’.

     

     

    Justeru, netizen menasihatkan Fathia memahami apa yang dibaca sebelum memuat naik sebarang kenyataan, kerana bimbang kenyataan yang dimuat naik bakal menampakkan diri kurang cerdik sehingga dikritik atau dikecam netizen di media sosial yang akhirnya menjejaskan imejnya sendiri.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up