• Carian
  • Media Sosial
  • Adakah Shafie Apdal Akan Ditahan? SPRM Tak Tolak Kemungkinan

    Posted by editor | 12 October 2017 | 23

     

    Jika mempunyai keperluan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi saksi termasuk bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana awam di Sabah.

    Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata 45 saksi sudah dipanggil memberi keterangan dan sebanyak 70 syarikat dikenal pasti terbabit dalam pelaksanaan projek pembangunan rakyat luar bandar sehingga menyebabkan ketirisan sebanyak RM1.5 bilion.

    “Kita akan panggil sesiapa sahaja yang ada kaitan dan boleh membantu siasatan,” katanya selepas meninjau Projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Intan, Semporna hari ini.

    Dzukifli berkata demikian ketika ditanya sama ada SPRM akan memanggil Shafie yang kini Presiden Parti Warisan Sabah untuk membantu siasatan.

    Tegas beliau, siasatan suruhanjaya bukan tertumpu kepada parti politik tertentu, sebaliknya penyalahgunaan dana awam di negeri itu.

    “Bukan asas kita nak buat penahana hanya pada parti tertentu, ia berdasarkan bukti dan keterangan yang kita peroleh tanpa ada asas lain, tanpa melihat sudut elemen parti politik tertentu,” katanya sambil menambah siasatan akan diperluaskan ke beberapa negeri selepas ini.

    Sehingga hari ini, tujuh individu sudah ditahan berhubung siasatan kes terbabit membabitkan empat ahli politik, dua ahli perniagaan serta seorang penjawat awam.

    Antara individu ditahan adalah adik Shafie, Hamid Apdal, 52, Naib Presiden WARISAN, Datuk Peter Anthony, Ketua Wira WARISAN, Datuk Mohd Azis Jamman, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar dan EXCO Pemuda UMNO, Ariffin Kassim.

    Terdahulu dalam ucapannya, beliau meminta masyarakat mendoakan anggota dan pegawai SPRM supaya diberi kekuatan dan kesabaran dalam melaksanakan tanggungjawab.

    “Apabila buat kerja baik ramai tak suka, ramai kritik, terima pelbagai kecaman dan sebagainya, namun kami tidak patah semangat memerangi perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up