• Carian
  • Media Sosial
  • 15 Cedera Disebabkan Belon Parti Di Isi Gas Mudah Terbakar Meletup

    Posted by jane | 12 October 2017 | 11

     

    INDIA – Sebuah majlis umum menjadi huru hara apabila berpuluh-puluh belon tiba-tiba meletup dan terbakar sehingga mencederakan lima belas orang pengunjung, lapor Daily Mail.

     

    Rakaman video salah seorang pengunjung majlis itu yang dirakam pada jam 5.30 petang menunjukkan, lima guru dan sepuluh pelajar memegang sejumlah besar belon berwarna hijau dan putih di pesta tahunan di Allen Career Institute di Chandigarh, utara India.

     

    Di atas pentas, di tengah-tengah muzik yang kuat dan di hadapan orang ramai, sebanyak 150 biji belon yang berisi gas acetylene itu tiba-tiba meletup dan menjadi bebola api yang besar menyebabkan orang ramai bertempiaran lari ketakutan.

     

     

    Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital dan Kolej Perubatan Kerajaan, namun kesemuanya dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

     

    Pihak institut berkenaan bagaimanapun masih berdiam diri dan tidak memberi sebarang kenyataan kepada media mengenai kejadian tersebut.

     

    Menurut sebuah portal berita tempatan, punca kejadian itu berlaku apabila salah satu dari belon tersebut yang mengandungi gas mudah terbakar secara tidak sengaja tersentuh mentol lampu yang panas.

     

    Polis berkata, kesemua mangsa yang cedera dan terjejas masih belum membuat sebarang laporan polis terhadap penganjur.

     

    “Belum ada mangsa yang tampil membuat laporan. Kami masih mempertimbangan tindakan yang akan dikenakan mengikut keperluan,” katanya.

     

    Tidak dijelaskan mengapa belon-belon itu diisi dengan gas acetylene untuk membuatkannya terapung berbanding gas helium yang biasa digunakan.

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up