• Carian
  • Media Sosial
  • Pemecatan Shafie Apdal Bukti Keputusan Najib Tepat

    Posted by editor | 11 October 2017 | 3:01 pm | 3257

     

    PADA Jun 2016 yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil keputusan drastik dengan memecat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada Jemaah Kabinet dan parti.

    Tindakan Najib yang juga Presiden UMNO ini mendatangkan pelbagai reaksi khususnya dari penyokong kerajaan yang menyifatkan ia sebagai suatu tindakan amat kejam dan tidak wajar dilakukan.

    Najib bagaimanapun memilih untuk hanya berdiam diri dan membiarkan isu tersebut beredar pergi begitu sahaja. Sebagai langkah pengukuhan Kerajaan Malaysia dan UMNO, beliau telah melantik bekas Setiausaha Politiknya iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan.

    Pembuangan Shafie Apdal dari kerajaan dan parti telah menyebabkan tertubuhnya sebuah parti pembangkang baharu di negeri Sabah pada 17 Oktober 2016 yang diberi nama Parti Warisan Sabah.

    Ia dipelopori sendiri oleh Shafie selaku pengasas merangkap Presiden parti, manakala turut diisi dengan beberapa pengikut setianya. Asal usul penubuhan Parti Warisan Sabah hanyalah untuk menentang kepimpinan Pengerusi Barisan Nasional Sabah yang juga Ketua Menteri iaitu Tan Sri Musa Aman.

    Walaupun ada ramai juga yang memarahi Najib kerana bertindak ‘membuang’ Shafie Apdal dari kerajaan dan UMNO, namun genap 1 tahun 4 bulan selepas itu rakyat mula boleh nampak siapa sebenarnya Shafie Apdal.

    Tular di media sosial

    Sekarang ini Presiden Parti Warisan Sabah itu sedang dalam ‘huru hara’ apabila hampir kesemua ‘orang kanannya’ telah dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menyeleweng wang kerajaan yang mencecah RM1.5 bilion semasa dia berkuasa di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

    Kita tahu Shafie Apdal masih tidak ditangkap atau dituduh (setakat 11 Oktober 2017), namun hasil penangkapan ‘orang sekeliling’ Shafie Apdal sekarang ini telah membawa maksud yang penuh makna.

    Bayangkan jika Shafie Apdal masih tidak dipecat oleh Najib dari kerajaan, maka apa akan terjadi kepada wang rakyat dan harta benda kerajaan?

    Bukan kita mahu menuduh bahawa Shafie Apdal mencuri wang rakyat atau menyeleweng dana kerajaan, namun daripada apa yang sedang berlaku sekarang (penangkapan orang-orang kanan Shafie Apdal) telah boleh membuka mata kita bahawa mungkin ada unsur-unsur rasuah semasa Shafie Apdal ‘memerintah’ kementerian.

    Justeru itu, tindak tanduk Najib bukanlah dilakukan dengan kosong begitu sahaja. Apa yang Perdana Menteri lakukan pasti ada yang tersirat dan memberi keuntungan buat rakyat.

    Walaupun ia dilihat tidak menyebelahi massa, namun percayalah bahawa Najib bukan calang-calang pemimpin. Apa yang beliau lakukan tidak ada lagi yang menyebabkan rakyat rugi, percayalah! –Tv14

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up