• Carian
  • Media Sosial
  • [VIDEO] Siapa ‘Datuk Gatal’ Yang Nak Ajak Zizi Kirana ‘Ro#%n’ Tu?

    Posted by editor | 9 October 2017 | 47

     

    Siapakah individu bergelar “Datuk gatal bermata keranjang” yang dimaksudkan dalam lirik penyanyi sensasi Zizi Kirana?

    Lirik lagu Boleh Jalan menceritakan kisah seorang Datuk yang mengirim mesej peribadi, atau DM, ke Instagram untuk menaja kehidupannya.

    Datuk yang “pantang tengok dahi licin” menggunakan alasan perniagaan untuk mengajaknya keluar makan malam tetapi ditolak dengan ungkapan “Boleh Jalan”.

    Mempersoalkan motif Datuk itu, Zizi menyifatkan lebih baik “lepak di kedai mamak” menonton bola sepak daripada melayan lelaki “gatal yang sengal”.

     

     

    Dikecam isu pakaian seksi baru-baru ini, beliau juga menyampai mesej melalui lagu itu walau “kutayang lurah tapi ku bukan murah”.

    Beliau menegaskan tidak akan menyesal walau tidak dapat menikmati kekayaan Datuk yang “muka tebal” itu.

    Sama ada Datuk itu wujud nyata atau sekadar hiburan, video lirik lagu tersebut di YouTube ditonton hampir 230,000 orang sejak dimuatkan pada 27 September lalu.

    Boleh Jalan digubah oleh DJ Fuzz dan penulis liriknya pula Waris. Ia dikeluarkan oleh Mixology Music Malaysia.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up