• Carian
  • Media Sosial
  • [VIDEO] Bigo Live Pelajar UPNM Tayang Payudara Jadi Viral

    Posted by editor | 9 October 2017 | 915

     

    Tak tercapai akal jika memikirkan tingkah laku segelintir remaja sekarang dan terbaharu tular aksi ghairah sekumpulan remaja perempuan didakwa pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

    Menerusi rakaman video aplikasi Bigo Live, sekurang-kurangnya tiga pelajar perempuan dan seorang lelaki tanpa segan silu menari dan melakukan aksi terlampau, termasuk mengoyang buah dada.

    Lebih memalukan, video berdurasi tujuh minit tiga saat itu memaparkan dua gadis bertudung dengan rasa bangga menggosok dan menayangkan tetek mereka kepada penonton aplikasi tersebut, yang kebanyakan terdiri daripada pengguna media sosial lelaki.

    Sementara, seorang gadis hanya duduk di hadapan kamera tanpa melakukan apa-apa aksi tidak senonoh.

    Video rakaman tersebut juga memaparkan salah seorang daripada mereka menjelirkan lidah, manakala seorang lagi perempuan yang berbaju hitam dengan berani membuka bajunya sehingga menampakkan sebahagian payudara.

    Sebuah portal melaporkan, kumpulan gadis berkenaan langsung tidak mengendahkan kecaman yang dilemparkan segelintir penonton aplikasi tersebut, malah mereka semakin galak beraksi di hadapan kamera.

    Difahamkan, pelajar terbabit didakwa dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berdasarkan gambar yang dikongsi di akaun Bigo Live dipercayai milik salah seorang gadis berkenaan, memaparkan kad metrik tertera logo universiti tersebut.

    Sehingga kini tiada laporan lanjut berhubung tindakan kumpulan pelajar terbabit. Susulan itu, pihak terbabit digesa melakukan siasatan bagi mengelakkan isu tidak bermoral dalam kalangan remaja.

    – mD

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up