• Carian
  • Media Sosial
  • DAP : Dulu Syaitan, Kini Malaikat

    Posted by nadilang | 7 October 2017 | 8:14 am | 1087

    GAMBAR HIASAN

     

     

    Jangan kita hairan ataupun terkejut jika berlaku pelik dalam dunia politik. Sebagai contoh, semalam siap keji mengeji dan bertikam lidah bagai nak rak, tapi esok tiba-tiba boleh berkawan rapat sambil berpelukan erat sesama sendiri.

    Inilah alam politik. Tiada kawan atau lawan yang abadi, yang kekal hingga azali. Yang ada hanyalah matlamat diri sendiri dan parti.

    Di Malaysia sendiri kita dapat saksikan bagaimana implementasi teori ini berlaku di depan mata.

    Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad pernah terkenal sebagai seorang yang paling membenci DAP. Tahap kebenciannya itu seolah-olah Malaikat membenci Syaitan, perompak wang membenci pihak polis.

    Dahulunya, Dr Mahathir dilihat cukup membenci DAP dan Lim Kit Siang sehingga sanggup mengelarkan parti dan penasihat DAP itu sebagai syaitan yang dikenali.

    Dek kerana kemahiran mempengaruhi orang ramai yang ada pada Dr Mahathir, maka sepanjang 22 tahun dia bergelar Presiden UMNO, dia telah berjaya menanam rasa benci kepada DAP dalam jiwa semua ahli UMNO.

    Kemana dan dimana pun jika ada majlis UMNO, pasti rasa kebencian terhadap DAP ini akan dicanai lagi agar ia terus membara dan merebak. Semua ini datangnya dari amanat Dr Mahathir dan sifat wala’ para ahli kepadanya.

    Hari ini, lain pula ceritanya. Dalam satu tulisan di dalam blog peribadi, Dr Mahathir mengakui sudah melakukan kekhilafan apabila memberi gelaran kepada DAP dan Lim Kit Siang sebagai syaitan. Dia mengakui, sebaik menjalinkan hubungan erat dengan DAP, barulah dia dapat gambaran sebenar mengenai DAP yang satu ketika dahulu cukup dibenci olehnya.

    Malah, jika diambil kesimpulan mudah, Dr Mahathir menggambarkan bahawa DAP yang sebenar adalah seperti malaikat yang sedang mahu menyelamatkan umat manusia. Justeru, mungkin kita realistik sekarang ini kenapa Dr Mahathir begitu sayangkan rakannya itu sehingga sanggup memberikan dana RM1 bilion kepada DAP untuk gerakan politik mereka?, sesuatu yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini.

    Angka berkenaan sebenarnya disebut di dalam Free Malaysia Today melalui artikel Raja Petra Raja Kamarudin yang merungkaikan betapa pemurahnya Dr Mahathir kepada DAP. Melihat kepada angka berkenaan, timbul pula persoalan, dari mana Dr Mahathir memperolehi wang sebanyak itu untuk diserahkan kepada DAP?

    Adakah dia akan menggunakan alasan menabung sejak dari bayi lagi? Atau adakah dia terus menggunakan strategi lapuknya dengan berkata ‘saya tak tahu’?

    Inilah Dr Mahathir yang sekarang. Percayalah dia yang sekarang sudah terlalu berbeza berbanding dia semasa bergelar Perdana Menteri dahulu.

    Amat sayang sekali, pada usia 93 tahun, dia gunakan ‘usia emasnya’ itu dengan bersungguh-sungguh mahu menjilat semula ludah dan kahaknya sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri demi memastikan agenda peribadinya terlaksana.

    Hinanya seorang yang pernah dilabel sebagai Bapa Pembangunan, hari ini berada di bawah tapak kaki DAP, parti yang pernah ‘disyaitankannya’ dahulu. –Tv14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up