• Carian
  • Media Sosial
  • Adakah Gurauan Shafie Apdal Berbaju Lokap SPRM Akan Jadi Realiti?

    Posted by editor | 6 October 2017 | 11:37 am | 988

     

    Beberapa hari ini dari media melaporkan, kecurian dana dari sebuah kementerian lebih dari RM150 juta akhirnya kepada pembekuan RM 151 juta 3 syarikat di Sabah melibatkan 9 akaun milik taikun bernama “Mr Joseph” dan “Mr A”, tambahan lagi RM 29 juta telah membawa kepada penangkapan Datuk Peter Anthony Naib Presiden Parti Warisan Sabah.

    Difahamkan, pada esok hari Peter Anthony akan direman dan berpakaian “Lokap SPRM”.

    Rupanya gurauan pada 19 Ogos 2017 yang lalu ketika Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berada di Sipitang dengan paradog berpakaian ‘Lokap SPRM’ adalah isyarat awal kepada penangkapan Peter Anthony?

    Dalam poster gurauan tersebut, Shafie turut ‘dipakaikan’ dengan baju lokap berwarna jingga SPRM berkenaan. Apakah ini juga syarat bahawa tidak lama lagi Shafie juga akan menerima nasib sama seperti Peter Anthony?

     

    Antara berita yang pernah disiarkan oleh media massa

     

    Semasa tularnya poster gurauan tersebut, Warisan Sabah telah menggerahkan semua bahagianny untuk melaporkan kepada polis blog yang memuatnaik poster berkenaan, dan juga individu yang berkongsi berita itu.

    Sekarang apa sudah jadi? Apakah Shafie dan Peter Anthony akan malu sendiri? Walaupun kita tidak mengatakan bahawa poster gurauan itu adalah benar, namun apa yang terjadi sekarang menyerupai dengan apa yang dilondehkan melalui laman blog tersebut.

     

    Poster yang juga tular di media sosial

     

    Oleh sebab itu kita bertanya, adakah selepas ini giliran Shafie pula yang akan menyarung pakaian lokap SPRM? Tanya sahaja. –Tv14

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up