• Carian
  • Media Sosial
  • Pemuda UMNO Titiwangsa Lancar Tabung Bantu Tragedi Pusat Tahfiz

    Posted by fatty | 14 September 2017 | 25

     

    Pergerakan Pemuda UMNO Titiwangsa mengambil tindakan segera susulan tragedi menyayat hati kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat Ujung awal pagi tadi dengan menggerakkan tabung untuk dana khas bagi membaik pulih semula pusat tahfiz terbabit.

    Ketuanya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata kejadian yang telah mengorbankan seramai 22 pelajar dan dua warden itu bukan sahaja mengejutkan, malah amat menyedihkan.

    “Sumbangan ini bagi membantu pusat tahfiz ini beroperasi semula untuk memastikan kelangsungan pendidikan pelajarnya dalam melahirkan pelajar tahfiz.

    “Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi terbabit dan berdoa agar mereka ditempatkan bersama golongan para syuhada,” ujarnya dalam satu kenyataan.

    Beliau turut memaklumkan bahawa Pemuda UMNO Titiwangsa juga akan memberikan bantuan awal kepada pusat tahfiz tersebut.

    Selaras dengan itu, bantuan dan sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank atas nama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa: *564025403840*.

    Salinan slip pembayaran beserta nama dan nombor telefon boleh dihantar kepada Mohd Badlishah melalui WhatsApp 019-3367674.

    Terdahulu, lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.

    Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan akibat daripada litar pintas.

    Terkini, kumpulan kedua jenazah pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini tiba di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur di sini kira-kira pukul 11.45 pagi.

    Setakat ini, kesemua identiti mangsa bagaimanapun masih belum dapat dikenal pasti.

    Kesemua keluarga mangsa mula tiba dan berkumpul di IPFN bagi proses pengecaman mayat. – MediaUMNO

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up