• Carian
  • Media Sosial
  • Pemuda Kedah Bidas Rafizi Kelirukan Rakyat Tentang Lawatan Najib Ke US

    Posted by fatty | 14 September 2017 | 19

     

    Pemuda UMNO Kedah hari ini membidas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli kerana menyebarkan berita tidak tepat bagi menimbulkan syak wasangka buruk kepada rakyat mengenai pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

    Ketuanya, Datuk Saiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pemimpin itu sewajarnya tahu lawatan rasmi itu adalah atas undangan Trump dan Perdana Menteri antara pemimpin utama rantau ini yang diberi penghormatan selepas Trump dipilih sebagai Presiden Amerika.

    ” Perdana Menteri dijemput presiden negara kuasa besar dan bukannya daripada negara dunia ketiga,” kata Saiful sambil menyindir Rafizi yang dianggap sengaja mencari isu untuk mengelirukan rakyat.

    Menurut Saiful Hazizi, kunjungan Perdana Menteri membawa isu hak asasi manusia, keselamatan dan kerjasama ekonomi yang semua itu adalah untuk kepentingan rakyat Malaysia dan rakyat negara serantau.

    ” Sepatutnya pemimpin pembangkang mengenepikan sentimen politik dan menghagai usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri,” kata Saiful Hazizy yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia.

    Rafizi sebelum ini menyifatkan lawatan Najib itu tidak rasmi dan hanya mengambil masa setengah jam untuk bertemu Trump.

    Ketua Pemuda Kedah itu juga mengkritik Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang sebelum ini meminta kabinet menghalang lawatan Perdana Menteri itu.

    Sebelum ini penyokong pembangkang di negeri ini menggambarkan keburukan Malaysia dan Perdana Menteri menerusi media di negara itu sebelum lawatan kerja dan sempena sambutan ulang tahun ke- 60 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

    Mereka (pembangkang) sepatutnya dapat membezakan antara sentimen politik dengan usaha kerajaan menjalin kerjasama ekonomi dan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara kuasa besar itu, katanya.

    Sementara itu Najib semasa di Washington memberitahu komuniti perniagaan Amerika Syarikat (AS) bahawa terdapat kempen untuk sengaja mensabotaj 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan melemahkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia.

    Berucap pada Majlis Perniagaan AS-ASEAN dan Majlis Makan Malam Perdagangan negeri itu di St Regis Hotel, Perdana Menteri berkata tindakan itu merupakan sebahagian daripada percubaan yang gagal untuk menggulingkan kerajaan sementara menunggu kitaran pilihan raya.

    “Saya tahu bahawa sebahagian daripada anda mendengar beberapa cerita yang kurang positif tentang ekonomi Malaysia, terutama mengenai 1MDB, ” kata Najib yang sebelum itu mendapat pujian Trump berhubung kemampuan Malaysia menganggani isu keganasan. – Kedahnews.com

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up