• Carian
  • Media Sosial
  • Bila Trump Tahu 1MDB Hanya Propaganda, Malaysiakini Mula Lapor Berita Sampah!

    Posted by editor | 14 September 2017 | 3:42 pm | 155

     

     

    KERANA terlalu malu propaganda mereka untuk memburukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal, portal pro pembangkang Malaysiakini membuat satu lagi cerita sampah.

     

    Melalui sebuah artikel bertajuk ‘Saman 1MDB: Mahkamah AS benarkan penangguhan DOJ’ yang diterbitkan pada jam 12.32 tengah hari Khamis itu, portal berkenaan telah memetik ‘sebuah mahkamah’ dan ‘seorang hakim wilayah di AS’.

     

    Kegagalan menamakan secara rasmi nama mahkamah dan hakim wilayah itu menunjukkan jelas betapa portal Malaysiakini dengan sengaja telah membuat rekaan artikel dengan laporan yang tidak sahih.

     

    Ini kerana pihak pembangkang (dipercayai dalang) telah berasa malu dan takut akan tidak lagi dipercayai rakyat apabila Najib dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sudah mula jelas akan berita-berita sensasi yang tular di media dari kedua-dua pihak.

     

    Sehinggakan Trump dalam satu kenyataan telah menyatakan bahawa beliau sudah tahu skandal-skandal yang melibatkan Najib seperti 1MDB dan dana RM2.6 bilion bukanlah benar, sebaliknya hanya rekaan propaganda pembangkang di Malaysia.

     

    Menjelang PRU14 akan datang, pembangkang di Malaysia sudah pasti akan berasa cemas dan takut kerana segala propaganda mereka sudah tidak lagi dipercayai oleh rakyat Malaysia serta orang luar. –Tv14

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up