• Carian
  • Media Sosial
  • Adam AF Nafi Masuk Tabligh, Mahu Kembali Aktif Menyanyi

    Posted by editor | 14 September 2017 | 7

     

    Usaha Adam AF menuju puncak nampaknya tidak kesampaian apabila dirinya gagal melayakkan diri dalam rancangan realiti televsien, Akademi Fantasia Megastar, baru-baru ini. Namun perubahan Adam dari berserban dan kini kembali lincah menari di atas pentas dipertikaikan warga laman soial.

     

    “Pelbagai spekulasi menerjah apabila saya muncul dengan penampilan berbeza. Malah, ada yang mendakwa saya menyertai kumpulan tabligh. Kalau diikutkan, saya tidak pernah membuat kenyataan hendak berhenti menyanyi”

     

    “Saya berhasrat memperlahankan aksi menari di pentas ketika itu kerana mahu bersedia bergelar bapa. Namun, rumah tangga saya kecundang di tengah jalan,” jelasnya kepada BH Plus.

     

     

    Apa pun, semoga Adam AF dapat mencapai apa yang diimpikannya dalam kehidupan. Dugaan demi dugaan setelah bercerai pada awal tahun lalu, Adam kini turut mahu mencari pelapis dalam meneruks legasinya dalam dunia hiburan tanah air. (rtky/s)

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up