• Carian
  • Media Sosial
  • Ungu Bakal Adakan Konsert Di Malaysia

    Posted by jane | 13 September 2017 | 1

     

     

    Dua dekad mengabdikan diri dalam gelanggang seni, kumpulan yang terkenal dengan lagu Tercipta Untukku masih kekal utuh.

     

    Namun begitu, kumpulan yang dianggotai Pasha selaku vokalis, Makki (bass), Enda (gitar), Onci (gitar) dan Rowman (dram) itu mengakui mereka semakin jarang beraksi di atas pentas.

     

    Bukan kerana tiada tawaran, sebaliknya kerana rutin padat Pasha yang menceburi dunia politik. Sejak awal tahun lalu, Pasha menggalas tugas sebagai wakil rakyat Kota Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia.

     

    Menurut Makki, sudah tiba masanya kumpulan Ungu memperlahankan kerjaya seni bagi memberi laluan kepada setiap anggota menumpukan perhatian terhadap keluarga dan perniagaan.

     

    “Jika dulu hampir setiap minggu kami ada konsert besar kini kami nekad memperlahankan langkah.

     

    “Kumpulan Ungu masih wujud dan tidak pernah bubar. Buat masa ini, kami hanya menjayakan persembahan selepas waktu pejabat mengikut jadual Pasha.

     

    “Masing-masing memahami komitmen Pasha. Kami sudah sepakat dan tiada isu berbangkit. Kami juga bersetuju tidak akan mengadakan persembahan tanpa salah seorang anggota Ungu.

     

    “Ini bermakna tidak akan ada orang lain yang akan menggantikan posisi Pasha sekiranya diundang membuat persembahan,” katanya.

     

    Kali terakhir kumpulan yang juga popular dengan lagu Bila Tiba itu membuat persembahan di Malaysia adalah Februari lalu. Kini Ungu kembali dengan sebuah konsert bersama penyanyi Afgan.

     

    Konsert Terunggul Afgan & Ungu itu bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 6 Oktober nanti.

     

    Bercerita lanjut mengenai konsert berkenaan, Enda berkata, kemungkinan besar kumpulan Ungu akan mempersembahkan single terbaru berjudul Setengah Gila yang belum dilancarkan di Malaysia.

     

    “Diharap peminat suka dengan lagu baru ini dan terus menyokong kami,” katanya.

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up