• Carian
  • Media Sosial
  • Trump Mengaku Najib Sahabatnya, Tinggallah Kit Siang & Mahathir ‘Mereput’ Berdua

    Posted by editor | 13 September 2017 | 10:12 am | 683

     

     

    TIDAK pernah berlaku sebelum ini seorang Presiden Amerika Syarikat menyambut tetamu negaranya di pintu kereta dan menghantar semula ke pintu kereta tetamu berkenaan.

     

    Dalam sejarah dunia, ia hanya berlaku kepada Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Donald Trump pada tanggal 12 September 2017.

     

    Menurut suatu kisah spontan yang berlaku pada pertemuan antara kedua-dua pemimpin negara itu di Rumah Putih, Amerika Syarikat, Presiden Trump tiba-tiba berbesar hati mengiringi Najib hingga ke muka pintu untuk mengucapkan selamat jalan, luar daripada kelaziman beliau hanya menghantar pemimpin yang melawat pejabatnya sehingga ke lantai utama sahaja.

     

    Walaupun dinasihati dan diingatkan oleh pegawai peribadi Trump pada waktu itu, namun tetapi beliau maklumkan akan mengiringi Najib hingga ke tingkat bawah, sekali gus tidak melakukan perkara kelaziman sebagai President Of The United State (POTUS).

    “Beliau (Najib) sahabat saya,” kata Trump dengan ringkas.

     

    Inilah gambaran yang diberikan secara bersahaja oleh seorang kuasa besar dunia terhadap Perdana Menteri kita. Walaupun di tanah air, pelbagai 1001 cerita fitnah buruk dilemparkan kepadanya oleh pembangkang, namun hakikatnya Amerika Syarikat memandang tinggi dan mulia keatas Najib.

     

    Maka tinggallah di Malaysia dua ‘dinasour’ yang masih bersahabat bersama walaupun tidak lagi releven dalam pentas politik negara. Mereka adalah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi PPBM Dr Mahathir Mohamad yang baru sahaja ‘menghalalkan’ aktiviti LGBT melalui penyertaan dalam Himpunan Wanita Toksik Politik di ibu negara baru-baru ini.

     

    Dua ‘dinasour’ itu masih tidak faham bahasa isyarat dari netizen agar mereka tidak lagi aktif dan sibuk dalam urusan negara. Bagi kebanyakan rakyat kita, mereka mahu melihat Kit Siang dan Mahathir berehat sahaja di rumah sambil bermain dengan cucu dan cicit.

     

    Tapi bagi mereka berdua yang masih sanggup menyebar fitnah siang dan malam, mereka tidak jemu-jemu untuk menumbangkan sahabat Trump yakni Najib kerana kemarukkan kuasa dunia.

     

    Apapun, ‘mereputlah’ mereka berdua begitu sahaja dikala mana Najib terus menjadi sahabat kepada kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, China, Jepun dan Arab Saudi. Syabas Najib! –Tv14

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up