• Carian
  • Media Sosial
  • Tengok Ni Gambar Trump Sambut Najib

    Posted by nadilang | 13 September 2017 | 7:37 am | 86

     

     

    Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sambut Datuk Seri Najib Tun Razak, PM Malaysia di West Wing lobby White House. Layanan yang begitu baik diberikan kepada pemimpin negara kita daripada seorang ‘penguasa dunia’.

     

    Pedihlah mata pemimpin pembangkang pakar fitnah dan auta seperti Rafizi Ramli apabila tengok gambar ini. Lain kali jangan buat cerita karut kata ini bukan lawatan rasmi dan sebagainya. Tengoklah cara Presiden US bersalaman dan menghormati PM kita di kediaman rasmi beliau sendiri.

     

    Lagi cemburulah Pengerusi Pembangkang, Dr Mahathir Mohamad kalau tengok gambar ini. Dulu Presiden George Bush tak jemput dia depan pintu macam ini. Yang jemput Mahathir dulu di depan pintu adalah Jack, si tukang lobi.

     

    Haha.. Apa komen ‘macai macai’ DAP dan PH sekalian? Nak kata Trump makan dedak? Mana DoJ dan mana FBI? Gigit jarilah ‘macai macai’ sekalian apabila fitnah dan auta mereka sekali lagi hancur musnah.

     

    Rakyat perlu sedar dengan kerja keji pembangkang seperti ini. Adakah puak-puak begini yang kita mahu mereka jadi kerajaan? Minta dijauhkan!

     

    Lihat lagi beberapa keping gambar yang akan bikin panas puak pembangkang ;

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up