• Carian
  • Media Sosial
  • Rayuan Lesen Kelab, Tiada Pengumuman Pada 15 September – FAM

    Posted by fatty | 13 September 2017 | 4

     

    Keputusan rayuan kelulusan lesen berstatus kelab kepada lima pasukan akan diumumkan pada tarikh yang akan ditentukan kelak.

    Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Malysia (FAM) mengumunkan lima daripada 12 pasukan Liga Super gagal mendapatkan kelulusan lesen kelab FAM atau Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berikutan tidak mengikuti kriteria yang ditetapkan.

    Lima persatuan yang gagal setakat ini ialah Felda United, Kedah FA, Melaka United, Kelantan FA dan Sarawak FA.

    “Segala rayuan akan diuruskan oleh Badan Rayuan dan kita akan maklumkan keputusannya. Bukan 15 haribulan atau lain-lain.

    “Kami tidak ada menyebut sebarang tarikh untuk keputusan tersebut selagi tidak dimaklum oleh pengerusi,” ujarnya ringkas kepada mStar Online.

    Sehingga kini tiga persatuan yang disahkan membuat rayuan kepada FAM iaitu Felda FC, Kedah FA dan Melaka United.

    “Segala keputusan terima atau tolak rayuan akan dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Badan Rayuan (selepas Mesyuarat First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM (pengerusi, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif) dalam masa terdekat ,” tambahnya.

    mStar Online sebelum ini melaporkan Kedah FA, Melaka United dan Felda United telah membuat rayuan untuk mendapatkan status kelab untuk membolehkan mereka beraksi pada Liga Super 2018.

    Lesen Kelab: Kedah, Melaka Buat Rayuan

    Felda United Yakin Dapat Lesen Kelab

    Setiap pasukan yang memohon lesen kelab perlu melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017.

    Selain itu, tujuh daripada 12 pasukan yang beraksi di Liga Super telah mendapat kelulusan lesen kelab FAM adalah Johor Darul Ta’zim (JDT), Pahang FA, Perak FA, PKNS FC, Penang FA, Selangor FA dan T-Team FC.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up