• Carian
  • Media Sosial
  • PKR, PAN Dan PPBM Sokong Penganjuran Pesta Arak Oktober Ini?

    Posted by fatty | 13 September 2017 | 60

     

    Parti komponen Pakatan Harapan (PH) digesa menyatakan pendirian berhubung penganjuran Pesta Arak terbesar di negara ini Oktober ini.

    Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari berkata jika PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu (PPBM) terus berdiam diri, ia sekali gus mengesahkan DAP adalah ‘ketua’ mereka.

    “Kami juga mencabar dan menuntut parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) menyatakan pendirian dan sikap mereka berhubung isu ini.

    “Berdiam diri bererti bersetuju dan bersekongkol, sekali gus mengesahkan DAP adalah ‘ketua’ sebenar PH yang tidak berani disanggah sama sekali,” ujarnya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

    Ahmad Fadhli bertegas umat Islam menghormati hak bukan Islam untuk meminum arak, namun bukan penganjuran festival seperti itu.

    “Walaupun meminum arak menjadi hak golongan bukan Islam yang menjadi sebahagian rakyat negara ini, namun menjadikan satu penganjuran pesta ke tahap festival tidak seharusnya berlaku di negara ini. Ia tidak mencerminkan realiti budaya Malaysia, bahkan juga rantau ini,” ujarnya.

    Pesta Arak ‘Better Beer Festival 2017’ yang dijadualkan berlangsung pada 6 Oktober depan adalah anjuran sebuah syarikat pengedar bir dan penganjuran kali ini adalah yang terbesar, kata Ahmad Fadhli.

    “Penganjuran Better Beer Festival 2017 (BBF17) Oktober depan dilihat secara sengaja cuba mencabar sensitiviti agama di negara ini apabila acara tahunan sejak 2012 itu diuar-uarkan sebagai “The Biggest Celebration of the Craft Beer Revolution in Malaysia”.

    “Pesta arak itu bukan sahaja telah dipromosi iklan secara terbuka, malah dihebah menyedia hidangan 250 jenis arak keluaran 43 syarikat daripada 12 negara dengan sasaran penyertaan 6,000 pengunjung,” katanya.

    Pesta arak ini adalah kali ketiga selepas pertama kali diadakan pada 2012 dan kali kedua tahun lalu.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up