• Carian
  • Media Sosial
  • PKNS Rehatkan Sven Gartung

    Posted by fatty | 13 September 2017 | 2

     

    JURULATIH dari Jerman, Sven Gartung mungkin menjadi antara pengendali paling malang dalam kancah Liga Malaysia apabila dia menjadi mangsa terbaru direhatkan oleh pengurusan.

    Baru sahaja dilantik pada 17 Julai lalu, nyata jodoh Gartung dengan PKNS tidak bertahan lama iaitu hanya dalam tujuh perlawanan.

    Dia direhatkan serta merta bermula 12 September hasil selepas perbincangan dua hala dengan pengurusan PKNS.

    Walaupun bermula baik dengan mencatatkan dua kemenangan dan satu keputusan seri, momentum itu gagal diteruskan apabila PKNS mencatatkan kekalahan empat kali berturut- turut dalam kempen Liga Super dan Piala Malaysia.

    Tewas 2-0 di tangan pendahulu Liga Perdana, Kuala Lumpur pada aksi Piala Malaysia 9 September lalu merupakan perlawanan terakhir buat Gartung bersama PKNS.

    Buat masa ini, penolong jurulatih, Adam Abdullah, akan mengambil alih kendalikan pasukan sehingga berakhir musim ini.

    Menurut sumber mStar, keputusan itu diambil bagi memastikan PKNS mampu selamatkan diri daripada terjerumus ke pentas Liga Perdana musim depan setelah melihat secara menyeluruh pendekatan Gartung mengendalikan pasukan.

    Walaupun buat masa ini kedudukan skuad The Red Ants itu masih bernafas dalam carta Liga Super dengan berada di tangga ketujuh, pengurusan tidak mahu mengambil sebarang risiko.

    Meraih 21 mata, mereka sasarkan untuk menang satu atau dua baki tiga perlawanan untuk mengesahkan tempat mereka dalam kelompok 10 pasukan terbaik.

    Berdasarkan rekod, PKNS menjadi pasukan pertama pada musim ini yang merehatkan dua jurulatih selepas E.Elavarasan pada 7 Julai lalu.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up