• Carian
  • Media Sosial
  • Perjumpaan Trump & Najib : Apa Mereka Borakkan?

    Posted by jane | 13 September 2017 | 11:40 am | 525

     

    Daripada: Bilik Kabinet, White House

     

    PRESIDEN TRUMP: Terima kasih banyak. Saya sangat gembira untuk menerima kehadiran Perdana Menteri Malaysia dan delegasinya yang terhormat bersama kami hari ini. Kami akan bercakap mengenai perdagangan – tawaran perdagangan yang sangat besar. Kami sedang menjalankan satu kesepakatan di mana jet Boeing bernilai antara 10 dan 20 bilion dolar akan dibeli, enjin General Electric akan dibeli, dan banyak lagi perkara lain.

     

    Tambahan lagi, Malaysia adalah pelabur besar di Amerika Syarikat dalam bentuk saham dan bon, dan bursa saham. Dan mereka semestinya sangat gembira kerana hampir setiap minggu kami berjaya mencapai sasaran yang tinggi berbanding minggu sebelumnya. Dan kami sangat bangga dengan pasaran saham kami dan apa yang berlaku sejak saya menjadi Presiden. Jadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda mengenai pelaburan tersebut.

     

    Saya hanya ingin mengatakan, ini adalah satu penghormatan bagi kami untuk menerima kehadiran anda di sini. Ia adalah satu penghormatan untuk menerima delegasi anda bersama kami. Saya difahamkan anda akan berada di perjumpaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu minggu depan, ramai orang akan berada di perjumpaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu. Jadi ia akan menjadi satu minggu yang menarik, dan kita mengharapkan yang terbaik daripadanya.

     

    Saya ingin mengucapkan terima kasih atas semua pelaburan yang anda buat di Amerika Syarikat. Selain itu, Perdana Menteri juga mempunyai peranan utama dalam usaha untuk tidak membenarkan ISIS – atau, seperti yang dikenali ramai sebagai Daesh – dan kumpulan pengganas yang lain untuk wujud. Beliau sangat tegas dalam menolak isu keganasan di Malaysia, dan kami dapati beliau adalah penyokong yang hebat dari sudut itu. Jadi itu adalah perkara yang sangat penting untuk Amerika Syarikat.

     

    Beliau tidak lagi menjalankan urus niaga dengan Korea Utara, dan kami mendapati itu adalah perkara yang sangat penting. Kami mengadakan undian semalam mengenai sekatan berikutan isu Korea Utara itu. Kami fikir ia adalah satu lagi langkah yang sangat kecil – bukanlah masalah besar. Rex dan saya hanya berbincang – ia tidak besar pun. Saya tidak tahu sama ada ia akan memberi sebarang kesan, tetapi sudah tentu ia adalah bagus untuk mendapatkan undi 15-kosong. Akan tetapi, sekatan-sekatan itu tidak ada apa-apa berbanding apa yang akhirnya akan berlaku.

     

    Jadi terima kasih semua orang kerana berada di sini, kami amat menghargainya. Tuan Perdana Menteri, ia adalah satu penghormatan untuk kehadiran anda di Amerika Syarikat dan di White House. Dan terima kasih semua orang kerana berada di sini. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih.

     

    Adakah anda ingin memberi apa-apa ucapan?

     

     

     

    PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK: Terima kasih banyak, Tuan Presiden, atas jemputan awak untuk saya dan ahli delegasi saya untuk berjumpa dengan anda di White House. Saya ingin menyatakan bahawa kami datang ke sini dengan usul yang sangat bernilai untuk ditawarkan kepada anda.

     

    Nombor satu, kami ingin membantu anda dari segi memperkuat ekonomi A.S.. Saya datang dengan tiga usul tertentu. Nombor satu, kami berhasrat untuk menambah bilangan pesawat Boeing yang akan dibeli oleh MAS. Kami komited untuk membeli 25 pesawat 737 MAX 10, ditambah dengan lapan 787 Dreamliner. Dan terdapat kebarangkalian yang kuat – bukan kemungkinan – kebarangkalian bahawa kami akan menambah 25 lagi 737 MAX 10 dalam masa terdekat. Oleh itu dalam tempoh lima tahun, perjanjian itu bernilai lebih daripada $ 10 bilion. Itulah adalah nombor satu. Kami juga akan cuba meyakinkan AirAsia untuk membeli enjin GE.

     

    PRESIDEN TRUMP: Hebat.

     

    PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK: Kedua, kita mempunyai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, yang merupakan dana pencen utama di Malaysia. Mereka telah mendapat sejumlah besar modal untuk dieksport. Mereka telah melabur hampir $ 7 bilion, dari segi ekuiti, di Amerika Syarikat. Dan mereka berhasrat untuk melabur tiga hingga empat billion dolar tambahan untuk menyokong pembangunan semula infrastruktur anda di Amerika Syarikat.

     

    PRESIDEN TRUMP: Hebat.

     

    PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK: Dan yang ketiga, dana kedaulatan kita, Khazanah, mempunyai pejabat di Silicon Valley. Mereka telah melabur kira-kira $ 400 juta, dari segi syarikat berteknologi tinggi, dan mereka berniat untuk meningkatkan pelaburan itu juga.

     

    Kedua, juga matlamat pentadbiran anda yang lain, Tuan Presiden, iaitu menjadikan Amerika Syarikat selamat – dan dengan itu, dunia selamat – kami komited untuk melawan Daesh, IS, Al-Qaeda, Abu Sayyaf – anda namakan sahaja. Mereka adalah musuh Amerika Syarikat, mereka juga adalah musuh Malaysia, dan kami akan melakukan bahagian kami untuk memastikan bahawa bahagian dunia kami selamat.

     

    Kami juga akan menyumbang dari segi peperangan ideologi kerana anda perlu memenangi hati dan minda orang ramai. Dan kuncinya adalah dengan menyokong rejim dan pemerintah Islam yang sederhana dan progresif di seluruh dunia, kerana itu adalah wajah sebenar Islam; iaitu wajah Islam yang benar-benar tulen. Semakin tinggi sokongan bagi rejim yang progresif dan sederhana, semakin bagus dari segi memenangi hati dan minda dunia Islam.

     

    PRESIDEN TRUMP: Betul.

     

    PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK: Jadi, Tuan Presiden, terima kasih sekali lagi. Amerika Syarikat sentiasa akan menjadi rakan kongsi kami untuk masa yang lama. Dan tahun ini adalah ulang tahun ke-60 hubungan kita, dan saya berharap pertemuan hari ini akan menjadikannya lebih kuat pada tahun-tahun mendatang.

     

    PRESIDEN TRUMP: Terima kasih banyak. Saya sangat menghargainya.

     

    TAMAT

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up