• Carian
  • Media Sosial
  • Mane Digantung Tiga Perlawanan

    Posted by fatty | 13 September 2017 | 6

     

    PENYERANG Liverpool digantung tiga perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA).

    FA menolak rayuan kelab terhadap tindakan Sadio Mane yang menerjah muka penjaga gol Manchester City pada aksi tewas 5-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu lalu.

    Pengadil perlawanan, Jon Moss telah melayangkan kad merah untuk Mane walaupun keputusannya itu menimbulkan ketidakpuasan hati penyokong The Reds.

    Mane bakal terlepas aksi menentang Burnley dan Leicester City bagi saingan liga dan Piala Liga.

    Berikutan kejadian itu, penjaga gol City Ederson terpaksa diusung keluarkan dan menerima rawatan oksigen sebelum dikenakan lapan jahitan di bahagian kiri pipinya.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up