• Carian
  • Media Sosial
  • Kylie Jenner Suntik Bibir Mahu Kelihatan Lebih Seksi

    Posted by jane | 13 September 2017 | 12

     

    Model dan personaliti TV, Kylie Jenner mendedahkan alasan kenapa dia menyuntik bibirnya agar nampak lebih tebal.

     

    Menurut laporan Daily Mail, Kylie, mengakui dia berasa malu dan mempunyai kurang keyakinan diri apabila bentuk bibirnya terlalu tipis, petik Gempak.

     

    “Ketika berusia 15 tahun, saya tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi akibat bentuk bibir tipis.

     

    “Bentuk bibir saya juga pernah dikritik oleh kekasih kerana bentuknya tidak menarik dan perkara itu membuatkan saya sangat kecewa.

     

    “Akibat daripada itu saya mengambil keputusan untuk menyuntik bibir agar nampak lebih menawan dan mengembalikan semula keyakinan diri.

     

    “Saya sangat inginkan bibir yang lebih besar. Itulah kenapa saya menyuntiknya,” katanya.

     

    Tambah Kylie, dia berpuas hati dengan bentuk bibirnya sekarang dan tidak menyesal melakukan suntikan itu supaya kelihatan lebih cantik.

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up