• Carian
  • Media Sosial
  • Gambar Wanita Tayang Payudara Sambil Menyusukan Anak Cetus Kemarahan Netizen

    Posted by jane | 13 September 2017 | 50

     

     

    Sebuah gambar seorang wanita menyusukan bayinya dengan hanya berpakaian dalam telah mencetuskan perdebatan tentang penyusuan dan adakah ia meningkatkan keghairahan.

     

    Wanita tersebut adalah Aliya Shagieva. Beliau merupakan anak bongsu kepada Presiden Kyrgyzstan.

     

    86.3% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut agama Islam. Maka tidak hairanlah mengapa gambar itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di antara penduduk Kyrgyzstan.

     

    Aliya Shagieva sangat aktif di media sosial. Beliau selalu berkongsi gambar karya seni, potret sendiri dan gambar suami serta bayinya.

     

     

    Pada bulan April lepas, beliau telah berkongsi gambar sendiri sedang menyusukan anaknya dengan hanya berpakaian dalam dengan ulasan

     

    “Saya akan menyusukan anak saya pada bila-bila dan di mana sahaja.”

     

    Tapi gambar itu telah diturunkan selepas dia dituduh tidak tahu malu kerana menyiarkan gambar yang sungguh intim sedemikian.

     

    Namun sebelum gambar tersebut diturunkan dari media sosial, ia telah tersebar dengan meluas hingga menarik perhatian dunia.

     

    Ramai yang memuji keberaniannya menyokong penyusuan badan untuk si manja. Penyusuan badan sering menjadi topik hangat di kalangan masyarakat (termasuklah di Malaysia) kerana payudara dipandang sebagai anggota tubuh yang memberi daya sensual.

     

    Wawancara Aliya Shagieva dengan BBC

     

    Apabila dia ditemuduga oleh BBC cawangan Kyrgyzstan, Aliya Shagieva berkata dia faham mengapa gambar itu tidak diterima dengan baik. Bahkan ibu bapanya, Presiden Almazbek Atambayev dan Raisa, turut tidak gembira.

     

    “Mereka tidak suka gambar itu, dan saya faham perasaan mereka kerana mereka jauh lebih konservatif daripada generasi muda sekarang.

     

    Gambar itu telah mencetuskan kemarahan disebabkan budaya yang bercanggah, faktor kesopanan yang dipegang penganut agama Islam dan pendapat orang ramai yang tidak setuju dengan mana-mana ibu yang menyusukan anak di tempat awam.

     

    Ada yang menegaskan ibu-ibu perlu menutup kawasan dada apabila menyusu, menyusu di tempat tertutup atau di bilik penyusuan bayi.

     

    Tetapi, kadangkala, bayi tersebut sudah lapar dan ia adalah tanggungjawab seorang ibu untuk menyusunya di mana saja!

     

     

    Apabila BBC menyiarkan wawancara dengan Aliya Shagieva, ramai individu mula bersuara dan perbincangan dalam talian tentang budaya dan amalan penyusuan di negara-negara Islam lain semakin hebat diperkatakan.

     

    Tajam mata orang memandang apabila melihat saya menyusukan anak. Saya selalu perlu menutup diri dan bayi atau biarkan saja dia lapar,” tulis seorang ibu dari Tehran.

     

    Zarifa Ghafari dari Kabul turut berkongsi yang ibu-ibu terpaksa masuk ke bilik berasingan untuk menyusu:

     

    “Seorang ibu tidak boleh menyusu di hadapan orang lain. Dia akan dimarah ahli keluarga yang lebih tua jika dia berbuat demikian. Ini adalah masalah besar, tetapi secara perlahan-lahan budaya ini sedang berubah.”

     

    Kami terpaksa membeli barang di sebuah kedai supaya kakak ipar saya dapat menyusukan anaknya dalam kedai itu. Kakak ipar saya terpaksa duduk di sana dan menutup dirinya dengan selendang besar,” tulis seorang wanita Afghan bernama Nageen.

     

    Seorang pengguna Facebook dari Turki turut berkongsi bahawa dia lebih suka menutup dirinya apabila menyusukan bayi:

     

    Saya tidak suka menunjuk-nunjuk dan lebih suka menggunakan penutup. Ramai lagi yang masih menganggap payudara sebagai anggota tubuh yang memberi daya sensual.”

     

     

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up