• Carian
  • Media Sosial
  • Fattah Amin Minta Peminatnya Jaga Bahasa

    Posted by jane | 13 September 2017 | 5

     

     

    PELAKON sensasi Fattah Amin tidak boleh menghalang tindakan peminat yang cuba mempertahankan namanya daripada menjadi mangsa ‘buli’ segelintir pihak di laman sosial termasuk golongan artis.

     

    Fattah berkata, apa yang ditulis oleh peminatnya itu adalah lahir dari hati mereka yang dianggap tanda sokongan untuknya selama ini.

     

    “Saya berharap tidak ada pihak menyalahkan peminat saya. Ini kerana mereka hanya menjalankan tugas melindungi artis yang diminati.

     

    “Saya percaya setiap komen mereka lahir dari hati. Ia membuatkan saya terharu dan semakin menghargai mereka. Namun, dalam masa sama saya selalu mengingatkan peminat untuk selalu bercakap yang baik-baik. Ambil yang positif dan jauhkan perkara negatif,” katanya kepada Harian Metro.

     

    Terdahulu peminat Fattah didakwa ‘menyerang’ beberapa artis di laman sosial selepas mereka mempersenda dan mempertikaikan kenyataan Fattah yang tidak boleh berjemur.

     

    Antara artis yang menjadi ‘mangsa’ peminat Fattah ialah Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sharifah Amani.

     

    “Mungkin ada pihak salah tafsir. Maksud kenyataan saya sebelum ini, dengan komitmen sebagai duta untuk beberapa produk penjagaan kulit saya perlu mengambil berat perkara itu termasuk rambut.

     

    “Bukanlah bermaksud saya tidak boleh terdedah pada cahaya matahari langsung,” katanya.

     

    Fattah yang juga pelakon drama Hero Seorang Cinderella menganggap komen daripada rakan artis sebagai satu gurauan.

     

    “Mengenai isu mempersendakan tajuk artikel yang dikongsi, saya menganggap ia gurauan dan pendapat individu daripada rakan artis,” katanya.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up