• Carian
  • Media Sosial
  • DAP Puji & Rai ‘Pemilihan’ Halimah Yacob Di Singapura Secara Habis-Habisan

    Posted by editor | 13 September 2017 | 90

     

     

    Tulisan asal oleh:
    Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 13 September 2017

    DAP memuji dan meraikan “pemilihan” Halimah Yacob sebagai presiden wanita pertama di Singapura secara berhabis-habisan.

    Guan Eng juga mengeluarkan kenyataan menegaskan bahawa beliau merupakan seorang wanita dan juga orang Melayu.

    Walaupun saya mengalu-alukan seorang wanita Melayu sebagai presiden Singapura, adalah penting untuk memahami konteks bagaimana ia berlaku dan mengapa “pilihan raya” ini dilihat sebagai satu kontroversi.

    Pertama, jawatan presiden sebahagian besarnya hanyalah satu adat kerana kuasa yang sebenarnya dipegang oleh Perdana Menteri, yang merupakan anak lelaki Lee Kuan Yew, Lee Hsien Loong. Malah, Halimah adalah Ahli Parlimen dari PAP, yang ketuanya juga adalah Lee Hsien Loong.

    Kedua, Halimah bukanlah Melayu pertama yang menjadi presiden. Yusof Ishak adalah presiden pertama antara tahun 1965 dan 1970 dan wajahnya dicetak di atas wang kertas Singapura.

    Ketiga, Singapura menukar undang-undangnya pada bulan November 2016 untuk pilihan raya “reserved”.

    Ini bermakna bahawa jika kaum tertentu belum menjadi presiden dalam lima penggal sebelumnya, maka jawatan presiden harus diberikan kepada kaum tertentu dalam pemilihan berikutnya.

    Ini bermakna menurut undang-undang, jawatan presiden untuk tempoh ini mestilah Melayu kerana tidak ada orang Melayu yang telah menjadi presiden dalam lima penggal yang lalu. Tiada kaum lain pun yang dibenarkan untuk bertanding.

    Keempat, Halimah menang tanpa bertanding dalam pilihan raya “reserved” ini. Di bawah undang-undang Singapura, calon presiden mesti mempunyai kelayakan awal dan diberi Sijil Kelayakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Presiden

    Dalam “pilihan raya” ini, semua mereka yang berpotensi sebagai pesaing Halimah untuk jawatan itu telah hilang kelayakan untuk jawatan itu – sama ada kerana bukan seorang Melayu atau atas alasan bahawa calon itu tidak pernah menguruskan syarikat bernilai S$500 juta sebelum ini.

    Salah seorang daripada dua calon lain hanya pernah menguruskan syarikat berniali S$250 juta dan juga telah berjanji untuk menyiasat PM Lee Hsien Loong kerana penyalahgunaan kuasa jika beliau menang. Oleh itu, beliau telah hilang kelayakan.

    Jadi, Halimah hanya perlu untuk mengemukakan kertas pencalonannya dan sebaik sahaja beliau melakukan itu, pencalonan telah ditutup dan beliau telah menang – dan warga Singapura tidak perlu untuk keluar mengundi.

    Oleh itu, usaha DAP dan penyokong semasanya untuk memainkan kad perkauman dan memuliakan kemenangan jawatan “presiden” Halimah mungkin akan memakan diri mereka sendiri – terutamanya kerana kemenangan ini kini tiba-tiba menjadi satu kontroversi di Singapura sendiri.

    Guan Eng memuji Halimah untuk pencapaiannya di Singapura – dengan mengatakan ini adalah satu peristiwa penting bagi semua wanita dan juga Muslim-Melayu.

     

    http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/09/12/guan-eng-hails-halimah-for-her-achievement-in-singapore/

    http://edition.cnn.com/2017/09/11/asia/singapore-race-presidential-election/index.html

     

     

    Link asal artikel:
    https://www.facebook.com/lim.siansee/

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up