• Carian
  • Media Sosial
  • Dakwaan ‘Penahanan Haram’.. Pemuda P.Pinang Buat Laporan Polis Terhadap Guan Eng

    Posted by fatty | 13 September 2017 | 12

     

    Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis berkaitan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa penahanan exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh sebagai ‘haram’ menjurus kepada fitnah.

    Guan Eng mengeluarkan kenyataan tersebut ketika menjawab soalan wartawan pada 24 Ogos lalu berhubung isu kilang haram di Sungai Lembu.

    Ketua pergerakan tersebut Rafizal Abd Rahim berkata, laporan polis ini dibuat bagi tujuan mendesak pihak polis menjalankan siasatan ke atas Guan Eng di bawah Akta Hasutan kerana telah mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah dan menghasut.

    “Selain itu kenyataan tersebut juga jelas mahu mencemarkan imej dan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    “Kita sedia maklum SPRM adalah sebuah badan tunggal dan bebas… agensi ini tidak berhubung kait dengan sebarang parti politik dan tidak memilih bulu.

    “Oleh itu, kami berharap agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan seterusnya mengambil tindakan dengan segera,” ujarnya kepada UMNO-Online.

    SPRM pada 25 Ogos lalu telah meminta Guan Eng yang juga Setiausaha Dap belum disahkan jawatannya itu memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada suruhanjaya itu dalam masa 48 jam tetapi beliau gagal berbuat demikian.

    SPRM dalam kenyataannya juga memberitahu akan mengambil tindakan ke atas Guan Eng kerana enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan fitnah dengan menyifatkan penahanan Boon Poh sebagai ‘penahanan haram’.

    Tambah Rafizal, keengganan Guan Eng untuk memohon maaf juga jelas menunjukkan sikap biadap dan angkuh seolah-olah dirinya tidak takut dengan sebarang tindakan undang-undang. – MediaUMNO

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up