• Carian
  • Media Sosial
  • Lelaki Berbangsa Cina Disyaki Hina Almarhum Tuanku Abdul Halim Di Facebook

    Posted by editor | 12 September 2017 | 163

     

     

    Pihak berkuasa digesa menyiasat seorang pengguna Facebook berikutan status yang dikeluarkan dipercayai berbaur penghinaan terhadap Almarhum Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mangkat pada jam 2.30 petang semalam.

     

    Berdasarkan ‘screenshot’ yang tular di laman Facebook, lelaki itu yang menggunakan nama Hershel Tan menulis di ruangan komen dengan berkata, “The fucking sultan is dead, and he’s playing with these kids”.

     

    Tindakan lelaki itu mendapat kecaman teruk daripada netizen yang rata-rata menggesa supaya menyiasat perbuatannya yang disifatkan sebagai biadab dan menghina institusi Diraja.

     

    Bagaimanapun, semakan di laman Facebook, Hershel Tan memuat naik kemaskini mendakwa berlaku salah faham terhadap kenyataan tersebut sehingga membawa maksud penghinaan kepada Almarhum Tuanku Abdul Halim.

     

    Menurutnya, kenyataan asal ditulis adalah dalam Bahasa Cina, namun selepas ia diterjemah ke dalam bahasa lain (Inggeris) menyebabkan maksud kenyataan itu disalah erti sehingga menggambarkan kata-kata kesat.

     

    “Saya tidak pernah menjangkakan bahawa ayat dalam bahasa Cina selepas diterjemahkan ia sangat menghina dan mengguris perasaan orang ramai dan Sultan.

     

    “Harap pencerahan akan diberikan kepada anda semua,” demikian menurutnya yang mendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini sedang menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

     

     

    Difahamkan, kenyataan tersebut ditulis di ruangan komen di Laman Facebook Nga Kor Ming.

     

    Semakan Malaysian Digest mendapati akaun Facebook Hershel Tan gagal ditemui dipercayai sudah tidak aktif atau ditukar kepada ‘mood’ privasi.

     

    Meskipun penjelasan telah dibuat oleh Hershel Tan, netizen terus mendesak agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas sekira wujud mana-mana pihak yang melontarkan kata-kata penghinaan kepada Sultan.

     

    Almarhum Tuanku Abdul Halim, yang memerintah Kedah selama 59 tahun mangkat pada usia 89 tahun.

     

    Jenazah Almarhum baginda kemudian akan dibawa melalui Lebuhraya Darulaman, Jalan Tun Razak, Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan Jalan Langgar sebelum ke Makam Diraja Langgar untuk dimakamkan pada jam 4 petang. – mD

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up