• Carian
  • Media Sosial
  • Tak Masuk Bilik Trading, Maka Tun Tak Tahu, Tapi Tak Masuk Bilik Liwat Tahu Macam-Macam

    Posted by supertramp | 11 September 2017 | 8:50 am | 1538

     

    Bohong Tun Mahathir dan pentaksub sudah sampai ke penghujung. Apa sahaja yang keluar dari mulut Tun dan pentaksub adalah berpandu kepada untung rugi politik semata mata, dan bukan atas kebenaran.

     

    Pentaksub Tun Mahathir amat gembira apabila Nor Mohamed Yaakop umum dia sendiri bertangungjawab keatas kerugian. Ia seolah olah satu kemenangan bahawa idola mereka tidak terbabit.

     

    Mereka terlupa itulah juga pengakuan Nor Yaakop berbelas tahun dahulu. Nor Yaakop tiada pilihan. Jika dia kata itu semua atas arahan #OA1 (orang atas) maka dia kenalah buktikan bahawa dia telah di arah.

     

    Maka matilah dia untuk membuktikannya kerana OA1 hanya menggunakan arahan verbal sahaja seperti lazim. Ia sama dengan ketika Arwah Tan Sri Jaafar Hussien meletak jawatan dan Tan Sri Ani Arope meletakan jawatan, semua arahan mulut sahaja.

     

    Di mahkamah tentu mereka tidak dapat membuktikan bahawa mereka telah di paksa dan diarah. No black and white. Kini, berbanggalah badut badut Tun Mahathir kononnya Nor Yaakop sudah “take the blame” dan Tun M tidak pernah masuk ke bilik Trading wang.

     

    Konon ini bukti idola mereka suci murni.

     

     

    Mereka terlupa, idola mereka juga tidak pernah masuk ke bilik Anwar Ibrahim ketika banduan itu sedang meliwat. Tetapi Tun M boleh menerangkan cara Anwar meliwat dengan lengkap me”masterbate” (melancap) kan mangsanya.

     

    Tun bukan bual di kedai kopi tetapi di rakam oleh segala TV ketika di temubual. Konon malu ‘my deputy is doing this thing” katanya.

     

    Maka peliklah jadinya, berbillion wang keringat rakyat lesap bawah batang hidung, bukan sekali malah selama 6 tahun turut-turut Tun M boleh tidak tahu, tetapi deputy nya beraksi dalam bilik dia boleh tahu.

     

    Inilah Tun Mahathir. Dia memilih watak ikut suasana.

     

    Jika terpaksa berlakon bodoh dan lakonan bodoh itu menguntungkannya maka dia buatlah bodoh tidak tahu apa-apa macam kes Memali dan kehilangan wang FOREX.

     

    Tetapi bila perlu tunjuk pandai dan tahu macam-macam, aksi dalam bilik berduaan antara Anwar dan Azizan serta mangsa lain semua dia tahu.

     

    Malah “saya sendiri temui mangsa” untuk bertanya. Wang rakyat lesap bawah batang hidung selama 6 tahun turut-turut tidak pula dia mahu tahu dan tanya “mangsa” nya Nor Yaakop.

     

    Itu sebab sasaran Tun Mahathir adalah orang muda seperti Syed Saddiq. Mereka ini muda tetapi perasan pandai, itu sebab menyokong Tun Mahathir.

     

    Mahathir tiada kesetiaan kepada sesiapa pun, jika sahabat, timbalan, penyokong terpaksa dia sembelih dia akan sembelih juga bila tiba waktunya.

     

    Tun Mahathir hanya setia kepada matlamat dia sahaja, UMNO yang beri kekayaan, kuasa, KLCC pun dia tidak setia.

     

    Jadi fikir-fikirkanlah jika terasa hendak sokong sesumpah ikut warna dahan yang dia paut. Jika kuning kuninglah, jika DAP DAP lah, kalau peliwat lah asalkan matlamat tercapai. –Tv14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up