• Carian
  • Media Sosial
  • 4 Golongan Manusia Yang Haram Disentuh Api Neraka

    Posted by nadilang | 11 September 2017 | 45

     

    4 GOLONGAN MANUSIA YANG HARAM DISENTUH API NERAKA

     

    Siapakah 4 golongan yang haram disentuh api neraka berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi dan Imam Ibnu Hibban Rahimahumallahu Ta’ala?

     

    Berikut ini penjelasan yang dituturkan oleh dai kharismatik KH Muhammad Arifin Ilham.

     

    ﻋَﻦِ ﺍﺑْﻦِ ﻣَﺴْﻌُﻮﺩٍ، ﻋَﻦِ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ – ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ – ،ﻗَﺎﻝَ : ﺃَﻻَ ﺃُﺧْﺒِﺮُﻛُﻢْ ﺑِﻤَﻦْ ﺗُﺤَﺮَّﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﻨَّﺎﺭُ؟ ﻗَﺎﻟُﻮﺍ : ﺑَﻠَﻰ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ، ﻗَﺎﻝَ : ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﻫَﻴِّﻦٍ، ﻟَﻴِّﻦٍ، ﻗَﺮِﻳﺐٍ، ﺳَﻬْﻞٍ

     

    “Mahukah kalian aku tunjukkan orang yang haram (tersentuh api) neraka?” tanya Rasulullah.

     

    Para sahabat berkata, “Ya, wahai Rasulullah!”

     

    Baginda Rasulullah SAW menjawab, “(Haram tersentuh api neraka) orang yang hayyin, layyin, qorib, dan sahl” (Hr. Imam At-Tirmidzi dan Imam Ibnu Hiban).

     

    1- Hayyin
    Iaitu orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan zahir mahupun batin. Tidak mudah melenting dan marah, penuh pertimbangan. Tidak resah gelisah. Tidak mudah memaki hamun, melaknat, serta redup jiwanya.

     

    2- Layyin
    Adalah orang yang lembut dan santun, baik dalam bertutur-kata atau perbuatan. Tidak kasar, tidak bertindak sesuka hati. Tidak suka memusuhi orang lain yang berbeza pendapat dengannya. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan untuk sesama manusia.

     

    3- Qorib
    Iaitu peribadi yang akrab, ramah, mudah diajak bicara. Biasanya murah dengan senyuman jika bertemu. Mudah diajak berkawan.

     

    4- Sahl
    Mereka tidak mempersulitkan sesuatu. Sentiasa ada solusi/penyelesaian bagi setiap permasalahan. Tidak suka berbelit-belit, tidak menyusahkan orang lain. Tidak membuatkan orang lain menjauhkan diri darinya.

     

    Mudah-mudahan kita tergolong dikalangan mereka yang diharamkan disentuh oleh api neraka. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up