• Carian
  • Media Sosial
  • Pelacur Kelas Atasan Ini Dedah 5 Perkara Yang Boleh Puaskan Suami

    Posted by jane | 8 September 2017 | 1605

     

    Pengiring kelas atasan Australia Samantha X menyara hidup dengan memberikan lelaki apa yang mereka mahukan dan dia lebih mengetahui berbanding orang lain apa yang mereka inginkan.

     

    Dia mempunyai pelanggan lelaki yang tidak selalunya bujang tetapi yang selalu mencari pendengar yang tidak menghakiminya, sentuhan penyayang seorang wanita atau interaksi mudah dengan wanita yang penyayang.

     

    Sebagai salah satu pengiring paling terkenal di negara ini, Samantha X menjelaskan tanpa menyembunyikan apa-apa kepada Daily Mail Australia lima perkara yang perlu diketahui oleh wanita mengenai suami mereka.

     

     

    Menghabiskan masa dengan pengiring mungkin adalah cara yang lucu untuk suami menunjukkan kasih sayang mereka, kata Samantha X, atas alasan yang berbeza-beza tetapi satu perkara yang dia selalu dengar daripada pelanggannya ialah mereka masih menyayangi pasangan mereka.

     

    ‘Dia lebih suka menghabiskan wang dan masa dengan anda, kecuali dia fikir anda tidak lagi tertarik kepadanya,’ katanya kepada Daily Mail Australia.

     

    ‘Perkara terakhir yang dia mahukan ialah untuk menyakiti anda dan dia pastinya tidak mahukan perceraian, bukan hanya kerana sebab kewangan atau anak-anak, tetapi kerana dia tidak mahu meninggalkan anda.

     

    ‘Kebanyakan lelaki mementingkan diri sendiri dan kebanyakkannya mempunyai keperluan yang berbeza dalam hubungan seks, tetapi mencari keintiman di tempat lain biasanya tidak mencerminkan perasaan mereka terhadap isteri mereka.’

     

     

    Samantha X percaya ia lebih berkaitan dengan ‘menggaru kegatalan yang tidak lagi digaru di rumah’.

     

    Pemilik Samantha X, Angels – agensi pengiringnya, percaya lelaki memerlukan lebih banyak kasih sayang daripada apa yang tidak disedari oleh pasangan mereka.

     

    ‘Kebanyakan lelaki yang saya jumpa meminta Girlfriend Experience (GFE). Apakah maksudnya? Tidak, saya tidak memakai seluar trek saya, memakai masker muka, dan Instagram ‘pedicure’ saya.

     

    ‘Ini bermakna mereka mahu berpelukan, sentuhan yang lembut, bercium dan melakukan seks yang tidak kasar.’

     

    Lelaki akan sering memilih keintiman daripada ‘seks bintang lucah’.

     

    Dia mengatakan lelaki selalunya tidak hanya mahu seks yang cepat yang berdurasi satu jam sahaja – tetapi dua atau tiga jam.

     

     

    ‘Tiada lelaki yang pernah saya temui boleh melakukan hubungan seks selama tiga jam. Tetapi mereka mahu berpeluk dan bersembang.’

     

    Pernah sekali Samantha X diberitahu pada hari selepas mereka berjumpa bahawa dia secara seksual bertindak terlalu agresif.

     

    ‘Dalam 10 kali, sembilan daripadanya suami anda ingin untuk dibelai.

     

    ‘Saya banyak mendengar bahawa lelaki yang sudah berkahwin mengatakan bahawa mereka tidur di bilik tidur yang berasingan daripada isteri mereka dan mereka membencinya.

     

    ‘Saya yakin isteri mereka mempunyai alasan mereka tersendiri, tetapi, ingat, saya mendengar ini daripada si suami.’

     

    Dia berkata dalam isi rumah yang kekurangan keintiman, ia tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang mengejutkan apabila si suami mencari seks di tempat lain.

     

     

    Lima perkara tentang suami anda yang PERLU anda tahu

    1. Dia menyayangi anda

    2. Dia memerlukan lebih banyak kasih sayang dan perhatian daripada yang anda fikirkan

    3. Dia fikir anda memberi haiwan peliharaan anda lebih perhatian daripadanya

    4. Dia merindui memenuhi keperluan anda

    5. Dia memerlukan seks seperti anda memerlukan bedak asas yang baik

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up