• Carian
  • Media Sosial
  • Mahathir Perlu Hormat PAS – Penganalisis Politik

    Posted by fatty | 29 August 2017 | 22

     

    Tun Dr Mahathir Mohamad perlu lebih menghormati PAS, ujar Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

    Ini katanya sesuai dengan kedudukan parti Islam itu yang sudah lama bertapak dalam politik negara berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru setahun jagung.

    Selain itu ujar beliau, Mahathir juga perlu lebih konsisten di dalam menangani PAS supaya kenyataan beliau tidak menjadi bahan gelak ketawa masyarakat.

    “Jika diteliti, kenyataan Tun (Mahathir) sejak kebelakangan ini banyak bercanggah antara satu sama lain menyebabkan kita terfikir apakah beliau bercakap sesedap rasa sahaja tanpa didasarkan kepada pendirian dan strategi tertentu.

    “Kenyataan terbaru beliau menggesa PAS tidak bertindak sebagai pengacau yang akan memecahkan sokongan pengundi Melayu supaya Barisan Nasional (BN) menang membayangkan beliau sedar kemampuan PAS untuk menafikan kemenangan Pakatan Harapan (PH).

    “Ini berbeza daripada kenyataan beliau sebelum ini, contohnya dalam sidang media beliau pada 30 April lalu, yang menyatakan keyakinan PH masih boleh menang dalam PRU14 walaupun tanpa bekerjasama dengan PAS.

    “Ia juga bercanggah dengan kenyataan mutakhir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, bahawa PH akan memenangi PRU14, malah akan turut memenangi Pulau Pinang, Selangor, Johor, Perak dan Negeri Sembilan, walaupun tanpa PAS.

    “Bila Tun Mahathir kembali menyeru PAS supaya bekerjasama dengan PH untuk menumbangkan BN dalam PRU14, ini bermakna beliau sudah tidak yakin dengan kemampuan PH untuk menang tanpa bantuan PAS,” katanya, lapor Sinar Harian.

    Kamarul Zaman berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mahathir yang juga Pengerusi PH di Kampung Raja, Terengganu, malam kelmarin supaya PAS tidak jadi ‘pengacau’ ketika gabungan parti pimpinan beliau berusaha merampas pemerintahan negara.

    Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia itu juga memberitahu, jika Mahathir benar-benar berpandangan bahawa PH tidak akan menang tanpa bantuan PAS, beliau seharusnya lebih berlunak dengan PAS supaya PAS lebih terbuka hati untuk bekerjasama.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up