• Carian
  • Media Sosial
  • UMNO Komited Lebih Ramai Wanita Bertanding Pada PRU-14 Kata TPM

    Posted by fatty | 13 August 2017 | 78

     

    UMNO komited dalam memastikan lebih ramai wanita ditampilkan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 bagi mencapai hasrat 30 peratus kaum wanita sebagai pembuat dasar, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, lapor Bernama.

    Beliau yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO itu berkata sudah tiba masanya lebih ramai wanita diketengahkan sebagai anggota parlimen, anggota dewan undangan negeri (ADUN) malah sebagai menteri selaras dengan negara yang sudah mencapai 60 tahun kemerdekaan.

    “Dalam mencapai 60 tahun merdeka, kita harus berubah minda dan sikap berhubung wanita. Apabila wanita bekerja kuat, jangan puji mereka (wanita) secara retorik sebaliknya beri mereka peluang untuk bertanding pada PRU.

    “Bagi mereka kedudukan kerana wanita hari ini telah berada di peringkat profesional dan boleh membuat keputusan yang baik di negara ini,” katanya berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Parit Sulong di Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up