Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Rosmah: Saya Tak Pegang Duit PERMATA Satu Sen Pun

    Posted by fatty | 13 August 2017 | 19

     

    Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menepis dakwaan pembangkang yang mendakwa beliau meminta kerajaan khususnya Datuk Seri Najib Razak menambah bajet untuk program PERMATA Negara yang dinaunginya.

    Jelas Rosmah, beliau tidak pernah mendesak kerajaan menambah peruntukan kepada PERMATA sebaliknya hanya menyampaikan hasrat rakyat supaya dananya ditambah bagi tujuan pembangunan dengan lebih luas.

    “Jangan jadi macam pembangkang, Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) kata saya minta duit pula.

    “Saya tidak akan minta duit. Kalau kita nak buat apa-apa, kita kena ada duit. Kalau tidak ada duit macam mana, sebagai contoh kalau nak beli tepung nak buat kuih pun kena ada duit,” katanya seperti dilapor FMT.

    Beliau berkata demikian semasa Program Hari Belia Perkasa PERMATA di Kompleks Komuniti Muhibbah Kuala Lumpur.

    Rosmah baru-baru ini berkata beliau berhasrat melihat lebih banyak pusat PERMATA di seluruh negara dan lebih banyak program diadakan.

    Bagaimanapun beliau tidak dapat berbuat demikian kerana kekurangan bajet.

    Mengulas lanjut, Rosmah berkata sepanjang menaungi PERMATA, segala dana yang diperuntukkan oleh kerajaan adalah 100 peratus diuruskan oleh sekretariat badan itu dan beliau tidak pernah memegang wang yang diberikan kerajaan.

    “Duit (PERMATA) ini saya tak pegang, satu sen pun tidak jaga, duit pun saya tak nampak. Dia punya segala perancangan dan pengurusan wang dibuat sekretariat,” katanya.-Malaysiakini

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up