• Carian
  • Media Sosial
  • Patut Mukhriz Malu Sebut Pasal Ahli PPBM, Rupanya Ini Sebabnya…

    Posted by nadilang | 13 August 2017 | 9:28 am | 3157

     

     

    Sebuah parti yang paling kerap menunjuk lagak terhadap Umno dan BN iaitu PPBM dikatakan hanya memiliki keahlian sebanyak 29,741 orang sahaja di seluruh negeri dalam Malaysia.

     

    Walaupun sebelum ini acapkali pihak pro Umno dan BN mendesak agar pemimpin PPBM menunai janji mereka untuk umumkan jumlah keahlian parti, namun sehingga ke hari ini tiada seorang pun dari mereka berani berbuat demikian.

     

    Bagaimanapun jumlah ini mula bocor melalui pendedahan seorang pemimpin parti bergelar Datuk dalam sebuah group whatsapp PPBM.

     

     

    Pada mulanya, ahli-ahli parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu cuba bertanya mengenai jumlah sebenar ahli parti kesayangan mereka tersebut.

     

    Jelasnya, keseluruhan ahli PPBM setakat ini adalah berjumlah dalam lingkungan 29,000 sahaja.

     

    “Sekarang sudah berapa ramai ahli semua sampai ke hari ini?,” soal ahli PPBM.

     

    Jawab Datuk berkenaan; “Terkini daripada Pusat, 29,741 selepas saringan ahli yang baru dibatalkan keahlian”.

     

    “Ramai ke yang dah batal keahlian?”, soal beliau lagi.

     

    “Itu saya tidak pasti, kalau boleh kita kerja keras sikit. PRU mungkin tahun ni saja,” tegas pemimpin PPBM itu menjelaskan keadaan.

     

    Langkah seterusnya, adakah sesiapa dalam kalangan rakyat Malaysia yang berani untuk tampil bertanya di hadapan muka Dr Mahathir mengenai jumlah keahlian PPBM ini? –Tv14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up