Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Ini Hanya Berlaku Di Zaman Najib Razak….

    Posted by nadilang | 13 August 2017 | 9:01 am | 229

     

     

    INILAH yang berlaku pada zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak. Hanya pada zaman Perdana Menteri sekarang saja. Tidak pernah berlaku pada zaman-zaman sebelum ini.

     

    Jika kita pergi ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya pada semalam 12 Ogos 2017, pasti kita akan melihat aura dan suasana yang berbeza – yang tidak pernah ditemui di zaman 22 tahun pemerintahan seorang bekas Perdana Menteri suatu ketika dahulu.

     

    Kira-kira lebih 50 ribu umat Islam telah sebulat hati dan iman berkumpul di Dataran Putra, Putrajaya bersama-sama Najib untuk berselawat membesarkan Baginda Nabi Muhammad SAW dan berdoa untuk keharmonian Malaysia tercinta.

     

    Acara yang turut dihadiri beberapa ulamak besar dan pendakwah hebat itu turut disertai oleh beberapa jemaah menteri Najib.

     

     

    Menariknya, walaupun hujan renyai membasahi bumi Putrajaya, namun tiada seorang pun yang dilihat berganjak meninggalkan majlis agama tersebut.

     

     

    Ini ternyata berbeza dengan suasana yang berlaku di Malaysia pada zaman pemerintahan seorang bekas Perdana Menteri kita selama 22 tahun.

     

    Walaupun menjadi pemimpin negara paling lama memerintah, namun rakyat pada masa itu tidak langsung disediakan majlis ilmu sebesar majlis #DoaUntukMalaysia pada 12 Ogos di Putrajaya.

     

    Apa yang ada hanyalah aktiviti-aktiviti mengaut kekayaan negara untuk kroni dan keluarga sendiri secara senyap-senyap, terutama melalui pembinaan lebih 15 projek mega negara dan skandal Forex serta Bank Negara Malaysia.

     

    Cuma hanya ada satu sahaja ‘majlis’ yang menghimpunkan puluhan ribu rakyat Malaysia pada zaman pemerintahan Perdana Menteri itu, iaitu demonstrasi Reformasi pada tahun 1998 – iaitu hampir 20 tahun yang lalu.

     

     

    Ya, memang puluhan ribu rakyat Malaysia berhimpun di Kuala Lumpur pada masa itu yang juga menjadi pusat pentadbiran kerajaan persekutuan, namun himpunan mereka itu berstatus haram dan berniat untuk menjatuhkan pemimpin negara.

     

    Ia sama sekali berbeza dengan himpunan pada malam semalam yang berlandaskan keimanan dan agama serta demi untuk berdoa kepada Allah agar menjadikan Malaysia sebuah negara aman serta sejahtera.

     

    Sebagai pembaca yang dianugerahkan akal fikiran yang waras, kita harus menilai keberkesanan pemerintahan antara dua Perdana Menteri ini. Lihatlah beberapa keping gambar rangkuman majlis #DoaUntukMalaysia yang diambil dari netizen di Facebook ;

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up