• Carian
  • Media Sosial
  • Rasuah & DAP Berpisah Tiada…

    Posted by nadilang | 12 August 2017 | 1:07 pm | 583

     

     

     

    MINGGU ini lensa berita media kita tertumpu di negeri Pulau Pinang saja. Semuanya kerana salah laku amalan rasuah dalam kalangan pemimpin negeri.

     

    Bermula dengan kes rasuah berskala besar oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, kini seorang lagi Exco kanan negeri itu turut ditangkap kerana kesalahan yang sama (rasuah).

     

    Phee Boon Poh telah ditangkap SPRM kerana disyaki terlibat dengan kes rasuah kilang.

     

    Isu kilang haram itu pada awalnya telah dibangkitkan oleh ADUN Penanti Dr Norlela Ariffin – kilang haram dilaporkan beroperasi seperti ‘tidak berdosa’ di kawasan Penanti.

     

    Ini membuktikan bahawa para pemimpin pembangkang khususnya DAP tidak terlepas dari melakukan amalan rasuah.

     

    Ia juga menunjukkan betapa mereka (pembangkang) hanya bersifat retorik sahaja apabila melaungkan ‘benci rasuah dan kleoptokrasi’.

     

    Jika Lim Guan Eng dan Phee Boon Poh memiliki maruah dan kejantanan yang tinggi, sila letak jawatan segera sebagai bukti bahawa mereka benar-benar anti kepada rasuah. –Tv14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up