• Carian
  • Media Sosial
  • Kawasan Presiden PPBM ‘Ditakluk’ Semangat Umno

    Posted by nadilang | 12 August 2017 | 4:38 pm | 1159

     

    Hari ini Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengiringi YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh. Ia suatu detik yang sentiasa dinanti-nantikan oleh kawan dan lawan UMNO.

     

    Khaled yang bertanggungjawab penuh untuk membawa kejayaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Johor ada meninggalkan pesan kepada kita semua selepas menyaksikan sendiri suasana UMNO Bahagian Pagoh pada hari ini.

     

    Pagoh telah kembali menjadi sedia kala. Kembali teguh bersatu. Kembali istiqamah pada perjuangan. Kembali bersetia dan ikhlas untuk memajukan bangsa bersama UMNO.

     

    “Inilah semangat Pagoh. Semangat sebenar pendiri UMNO, yang mengabdikan segala hidupnya untuk perjuangan demi kebaikan agama dan bangsa,” ujar Khaled.

     

    Ternyata para ahli UMNO di bahagian tersebut tidak meninggalkan jalan yang telah dipilih sejak turun temurun. Tidak melupakan parti yang telah menjadi sebahagian dari mereka semua, walaupun Ahli Parlimen mereka sendiri telah khianati mereka semua.

     

    Semangat Pagoh ini harus diteladani oleh UMNO di seluruh negara, kata Khaled. Ini kerana UMNO Bahagian Pagoh sangat bijaksana, strategik dan matang dalam menangani krisis. Kita ucapkan syabas buat mereka.

     

    Yang pasti, apa yang mereka sedang lakukan ini sedang mencabar kredibiliti Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sendiri. –Tv14

     

     

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up