Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Suami Isteri Maut Kena Lantunan Tayar Lori Dari Arah Bertentangan

    Posted by fatty | 11 August 2017 | 12

     

    Sepasang suami isteri maut apabila terkena hentaman dua tayar lori yang tiba-tiba tercabut ketika menunggang motosikal di KM 10 Jalan Kuala Pilah – Batu Kikir, Kuala Pilah, dekat sini, hari ini.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abd Wahab berkata, pasangan suami isteri yang maut itu dikenali sebagai Azizan Sahari, 43, dan Norbaiti Awang, 44, meninggal dunia di tempat kejadian.

    Kejadian itu berlaku semasa lori muatan pasir terbabit dalam perjalanan dari arah Batu Kikir menghala ke Kuala Pilah pada kira-kira 10.55 pagi. Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba tayar belakang sebelah kanan lori itu telah tercabut dan masuk ke laluan bertentangan.

    “Tayar itu kemudiannya terpelanting ke arah pasangan suami isteri ini yang kebetulan melalui jalan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

    Katanya kedua-dua mangsa dibawa ke hospital berhampiran untuk bedah siasat. – Bernama

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up