• Carian
  • Media Sosial
  • Skandal Mahathir : Pak Lah Tampil Buka Mulut, ‘Saya Tahu’

    Posted by editor | 11 August 2017 | 2:30 pm | 4484

     

    BEKAS Perdana Menteri yang turut pernah menjadi mangsa politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi hari ini tampil bersuara mengenai pengetahuannya tentang salah laku bekas bossnya itu.

     

    Abdullah atau lebih mesra dipanggil Pak Lah ketika ditanya pihak media memberitahu bahawa beliau tahu tentang kerugian dialami Bank Negara Malaysia (BNM) melalui aktiviti dagangan mata wang asing (forex) kira-kira dua dekad lalu, hasil kerja jahat bekas Perdana Menteri keempat.

     

    Bagaimanapun, Pak Lah yang kelihatan sudah dimamah usia enggan mengulas lebih panjang ketika pihak media cuba menanyakan soalan bertubi-tubi kepadanya.

     

    “Saya tak payah komen, tak perlu lagilah. Saya tahu,” katanya apabila ditanya sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian itu – yang diumumkan penubuhannya pada 18 Julai lalu – sebagai senjata politik ke atas Dr Mahathir Mohamad.

     

    Ditanya lagi sama ada beliau mengetahui apa yang sebenarnya mengenai suruhanjaya berkenaan, Abdullah menjawab: “Kami tahu, kami tahu.. Saya sudah (bersara) lama. Tak ada keperluan (untuk saya) bercakap lebih lanjut.”

     

    Penubuhan RCI itu dianggap sesetengah pihak sebagai bermotifkan politik, selain mengalih perhatian orang ramai daripada isu 1MDB yang dikaitkan secara langsung dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

     

    Namun demikian, RCI berkenaan sebenarnya bagi mencari kebenaran terhadap segala salah laku yang selama ini disembunyikan dan sengaja dirahsiakan oleh para kroni dan mereka yang pro kepada Dr Mahathir dengan tujuan supaya menjaga nama baik Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

     

    Abdullah ditemui media selepas menghadiri majlis menanam pokok di parlimen hari ini. Beliau turut ditemani isterinya, Tun Jeanne Abdullah.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up