• Carian
  • Media Sosial
  • Selepas Vida, Rani Kulup Mahu ‘Lamar’ Azalina Pula

    Posted by editor | 11 August 2017 | 216

     

    Setelah ‘lamarannya’ ditolak oleh Datuk Vida dan Siti Kassim, selebriti media sosial, Abdul Rani Kulup Abdullah ‘mengintai’ pula Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai calon isterinya.

     

    Dalam satu wawancara bersama Astro Ria, ketika ditanya berkenaan calon isteri ketiganya setelah lamaran sebelum ini ditolak oleh Vida dan Siti Kassim, secara berseloroh beliau menyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang belum berkahwin itu sebagai calon.

     

    “Azalina Othman, orang yang bagi tahu (suruh), saya mana tahu,” jawabnya.

     

    Terdahulu, Rani Kulup yang terkenal dengan jolokan nama Raja Repot itu melamar aktivis Orang Asal, Siti Zabedah Kasim dan jutawan kosmetik, Datuk Hazmiza Othman.

     

    Ditanya ciri-ciri wanita pilihannya, Rani Kulup berkata; “Tak kisah macam mana, asalkan perempuan”

     

    Bagaimanapun, tujuan utama beliau hanya mahu memberi sedikit ‘kegembiraan’ kepada rakyat Malaysia melalui lamaran jenakanya.

     

    Ia berikutan ketegangan dan tekanan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia akibat situasi politik semasa, tambahnya. -MG

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up