Politik sepatutnya ada batasan dan had.
Mungkin cuma di Malaysia sahaja rakyatnya ada terlalu banyak masa berpolitik selain parti politik itu sendiri.
Kini negara bakal menyambut pesta sukan gemilang SEA Game KL2017.
Seluruh negara di minta menyokong Team Malaysia yang terdiri dari atelit dan ahli sukan negara yang akan berjuang untuk kegemilangan sukan negara.
Sukan sepatut nya menyatukan rakyat dan sama sama memberi sokongan kepada para perserta dari negara kita.
Apa yang membimbangkan adalah sikap parti politik pembangkang yang terkenal mempolitik apa sahaja.
Mereka politikkan tubuh badan, rambut, cincin, percutian, malah apa sahaja yang boleh di politik mereka akan politikkan.
Mereka sudah lari dari membangkang perkara asas kenegaraan, pembaikan pentadbiran dan penjagaan negara.
Mereka sepatutnya membangkang dan mengkritik apa yang mereka lihat tidak elok untuk negara dan rakyat, sebaliknya kebaikan dan juga manfaat juga mereka bangkang.
Ada sahaja tidak kena pada mata mereka, semua salah dan silap belaka.
Yang mengelikan hati adalah mereka juga adalah kerajaan di beberapa negeri, namun apa sahaja kebaikan yang sepatut ada pada mereka boleh di jadikan modal pentadbiran contoh di negeri mereka, tetapi akibat ketiadaan yang baik, mereka terpaksa tumpu kepada kesilapan musuh politik mereka.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah pun menyeru rakyat seramai 30 juta memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada kontinjen negara, namun mengenali tabiat pembangkang yang desperate, pasti sekali mereka beranggapan negatif dan pasti mencari kesilapan.
Semangat kenegaraan di ragui akan di amalkan oleh mereka memandangkan kejayaan sukan KL2017 sekali gus jika kontinjen negara berjaya, pembangkang akan melihat ia sebagai “image booster” kepada kerajaan memerintah yang akan membantu pada PRU14.
Hentikanlah tabiat tidak elok ini, ayuh sama sama menyokong atlit kita tanpa berbelah bagi dan anggaplah mereka berjuang demi negara dan bukan demi mana mana parti politik. –Tv14
Leave a Reply