• Carian
  • Media Sosial
  • Nita Malaysian Idol Bertunang Ahad Ini

    Posted by editor | 11 August 2017 | 5

     

     

    Naib Juara program realiti nyanyian Malaysian Idol 2005, Nita Hamzah bakal bertunang dengan jejaka pilihannya, Mohd. Fareez Shamsul Bahari, 29, pada Ahad ini.

     

    “Kami sudah berkenalan hampir empat tahun. Walaupun dia lebih muda daripada saya tetapi dia bersikap matang dan kesungguhannya membuatkan saya percaya dengannya,” katanya kepada Utusan Online.

     

    Nita, 37, bagaimanapun tidak menyangka Fareez mahu bertunang dengannya walaupun pada mulanya mereka hanya merancang untuk majlis merisik.

     

    “Majlis itu akan diadakan secara tertutup di rumah keluarga saya dan akan dihadiri keluarga terdekat,” tambahnya.

     

    Penyanyi itu juga menjelaskan dia dan kekasihnya mahu melangsungkan perkahwinan secepat mungkin.

     

    “Kalau boleh memang tahun ini juga kami mahu berkahwin. Cuma dalam wakti sekarang hanya rancangan dahulu.

     

    “Apapun saya berharap semua pihak mendoakan kebahagiaan kami,” katanya.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up