Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Milan Pujuk Ibrahimovic Kembali Ke Itali

    Posted by kal-el | 11 August 2017 | 2

     

     

    MANCHESTER United terpaksa bersaing dengan AC Milan yang cuba memujuk Zlatan Ibrahimovic untuk kembali ke San Siro.

     

    Ibrahimovic kini sudah tamat kontrak bersama United.

     

    Red Devils tidak menawarkan kontrak baharu kepada Ibrahimovic hujung musim lalu selepas dia bergelut dengan kecederaan lutut yang serius sejak April.

     

    Namun penyerang berusia 35 tahun itu masih berlatih di Old Trafford untuk mengembalikan kecergasannya.

     

    Pengendali United, Jose Mourinho pernah meluahkan hasrat untuk menyambung khidmat Ibrahimovic selama setahun lagi.

     

    Milan telah membelanjakan lebih 160 juta pound sterling pada musim panas ini kerana pemilik kelab itu mahu memperkukuhkan kekuatan pasukan.

     

    Selain Ibrahimovic, pemain Torino, Andrea Belotti, Diego Costa (Chelsea) dan Nikola Kalinic (Fiorentina) turut dikaitkan dengan Milan.

     

    Namun Ibrahimovic kini dalam radar Milan yang pernah menjaringkan 56 gol dalam 85 perlawanan di San Siro antara musim 2010-2012.

     

    Malah Ibrahimovic turut berkongsi mengenai tahap kecergasannya pada Khamis apabila memuatnaik beberapa video dia sedang berlatih di sebuah gim di Monaco dengan kapsyen ‘tiada masa untuk berehat’.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up