• Carian
  • Media Sosial
  • Jefri Nichol Cerita Pengalaman 8 Jam Ditinggalkan di Tanah Perkuburan

    Posted by editor | 11 August 2017 | 8

     

     

    Pelakon Indonesia yang sedang meningkat naik, Jefri Nichol menceritakan pengalaman seram ditinggalkan di tanah perkuburan selama lapan jam.

     

    Kejadian tersebut berlaku sewaktu Jefri menjalani penggambaran filem Jailangkung.

     

    “Ketika itu, saya dan rakan pelakon, Amanda Rawles harus menjalani penggambaran sebuah babak di tanah perkuburan Cina. Saya dan Amanda ditinggalkan berdua sahaja di sana dan penggambaran dilakukan menggunakan ‘drone’.

     

    “Bayangkan, kami berdua ditinggalkan di tempat yang ada ribuan kubur bermula jam 6.00 petang sehingga jam 2.00 pagi. Perasaan itu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Sangat menyeramkan dan kami harus menjayakan babak tersebut dengan sempurna.

     

    “Walaupun kami berdua menjalani penggambaran dengan rasa takut, saya sangat bersyukur kerana semuanya dipermudahkan,” kata Nichol kepada Astro Gempak.

     

    Filem Jailangkung yang menjadi filem seram pertama lakonan Nichol telah menerima sambutan hangat di Indonesia dan bakal ditayangkan di Malaysia bermula esok (10 Ogos 2017).

     

    “Alhamdulillah, saya sangat gembira kerana filem Jailangkung mendapat reaksi yang sungguh positif ketika ditayangkan dan mendapat kunjungan lebih dua juta penonton di pawagam-pawagam Indonesia.

     

    “Saya berharap agar filem Jailangkung akan mengulangi kejayaan sama di Malaysia. Saya juga sangat teruja kerana filem ini menjadi salam perkenalan saya kepada peminat-peminat di Malaysia,” katanya.

     

    Jailangkung yang turut dijayakan oleh Wulan Guritno, Hannah Al Rashid, Lukman Sardi dan ramai lagi ini dibawakan oleh Astro Shaw.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up