Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Banjir Landa Melaka Tengah

    Posted by fatty | 11 August 2017 | 11

     

    Lima kawasan di daerah Melaka Tengah dinaiki air mencecah kira-kira satu meter susulan hujan lebat berterusan dari jam 2 pagi hingga 6 pagi tadi.

    Setakat ini, kawasan dilapor terjejas ialah Kampung Batu Hampar, Kampung Pulau Kelapa, Kampung Sungai Putat, Taman Bukit Beruang Bistari dan Taman Merawi Bukit Beruang, lapor BH.

    Ketua Sekretariat Jabatan Pengurusan Banjir Negeri (JPBN) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali, berkata dua pusat pemindahan dibuka iaitu di Balai Raya Peringgit dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munsyi Abdullah.

    “Kita masih mengemas kini bilangan mangsa banjir,” katanya di sini, sebentar tadi.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up