• Carian
  • Media Sosial
  • Bagaimana Nasib Mbappe, Coutinho?

    Posted by editor | 11 August 2017 | 0

     

     

    LAPORAN perpindahan kini tertumpu kepada keinginan Paris Saint Germain untuk mendapatkan pemain AS Monaco, Kylian Mbappe.

     

    Media Sepanyol, Sport, menyebut kemungkinan kelab itu membawa masuk pemain dari Perancis tersebut dengan nilai £136 juta.

     

    Ejen Mbappe, Jorge Mendes, dilaporkan sedang berada di Paris untuk melakukan rundingan tahap akhir dengan pengurusan PSG.

     

    Proses perpindahan ini akan menjadi kejutan kerana sebelum ini penyerang berusia 18 tahun itu sering dikaitkan dengan Real Madrid dan Manchester City.

     

    Selain Mbappe, khabar perpindahan turut tertumpu kepada Philippe Coutinho yang dilaporkan memilih untuk bertahan di Liverpool berbanding berpindah ke Barcelona.

     

    The Reds sendiri telah menolak tawaran sebesar £90.3 juta yang telah ditawarkan oleh Barcelona.

     

    Tetapi, Barcelona menaikkan tawaran menjadi £108.3 juta membuatkan pemilik Liverpool, Fenway Sports Group, mempertimbangkan kembali keputusannya.

     

    Semenjak Neymar ke PSG, Barca menjadikan Philippe Coutinho sebagai buruan utama mereka.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up