Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Ahli Baru Makin Hampir Ke Old Trafford

    Posted by kal-el | 11 August 2017 | 5

     

     

    SERGE Aurier telah bersetuju dengan perjanjian selama lima tahun untuk bersama Manchester United, menurut laporan.

     

    Bintang Paris Saint-Germain itu bersemangat untuk meninggalkan Paris musim panas ini dan kelab itu bersedia membenarkan dia berpindah tetapi dengan harga yang tepat.

     

    Chelsea merupakan pasukan terbaru yang dikaitkan dengan Aurier, dengan laporan awal minggu ini mendakwa Antonio Conte mahukan pemain bek kanan.

     

    Aurier pada masa ini dilarang memasuki UK kerana satu kesalahan serangan, tetapi pemain antarabangsa Ivory Coast itu berharap rayuannya diterima.

     

    Jose Mourinho terdesak untuk menambah kekuatan pasukannya dan Aurier kini kelihatan bersedia untuk menjadi pemain keempat yang menandatangani perjanjian musim panas.

     

    Goal mendakwa United telah mencapai kesepakatan dengan Aurier dan berharap perpindahan akan berlaku apabila rayuan diterima.

     

    United telah membuat beberapa penambahan besar terhadap skuad mereka musim panas ini dengan Romelu Lukaku, Nemanja Matic dan Victor Lindelof menjadi pemain baru Red Devil dalam masa beberapa minggu kebelakangan ini.

     

    Pemain berusia 24 tahun itu telah membuat 57 penampilan di Ligue 1 untuk PSG dan telah memenangi gelaran liga dua kali di kelab tersebut.

     

    Jurulatih PSG Unai Emery mahu mempertahankan Aurier walaupun dengan kedatangan Dani Alves.

     

    Bagaimanapun ia dilihat sukar berlaku kerana Aurier sendiri minta dijual.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up